+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM



Pensyarah KUPTM Kuala Lumpur Raih Gangsa Dalam Pertandingan K-Inovasi : Pengajaran Dan Pembelajaran & Simposium Edukator 4.0

 

24 Januari 2019 | Bangi | Tahniah Puan Roslinda binti Murad kerana berjaya mendapat Pingat Gangsa di dalam Pertandingan K-Inovasi: Pengajaran dan Pembelajaran & Simposium Edukator 4.0 yang dianjurkan bermula 23-24 Januari 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertandingan inovasi tersebut disertai oleh lebih kurang 400 penyertaan yang terdiri daripada kalangan inovator institusi pendidikan tinggi awam dan swasta Malaysia.

Penglibatan beliau di dalam pertandingan ini telah membuka peluang-peluang untuk kolaborasi bersama inovator dari IPTA/IPTS yang lain.

Tahniah diucapkan kepada Puan Roslinda di atas kejayaan ini. Tidak lupa juga kepada Prof Dr. Sufyan Hussin selaku supervisor untuk pengajian peringkat PhD beliau.

 

Majlis Penyerahan Sumbangan KPTM Kepada Orang-orang Asli Kampung Aman Damai, Tasik Banding, Grik Perak

24 Januari 2019 | Kuala Lumpur | Satu majlis ringkas telah diadakan di perkarangan KPTM Ibu Pejabat bagi menyerahkan sumbangan KPTM dalam Program CSR Orang-orang Asli Kampung Aman Damai, Tasik Banding, Grik, Perak.

Seramai 40 peserta akan menyertai program ini yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) KPTM Ibu Pejabat dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) yang bakal diadakan pada 25-27 Januari 2019 nanti. Pihak KPTM turut menyumbang barangan berupa keperluan harian berjumlah RM 2000.00.

Syafful Anuar Bin Abdul, Presiden KKSK dalam ucapan aluannya turut melahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas komitmen dan sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh pihak Pengurusan Tertinggi KPTM dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Menurut beliau lagi, selepas ini KKSK akan terus bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti berbentuk kesukanan dan kerohanian dalam mempelbagaikan aktiviti sihat yang bakal memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab khususnya.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. En. Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dengan menyerahkan barangan sumbangan kepada En. Mohd Zahrul Bin Baharin, Biro Sukan & Rekreasi KKSK.

En. Nordin dalam ucapannya berkata “ Ini adalah program permulaan CSR KPTM bagi tahun 2019. Adalah diharapkan agar aktiviti khidmat masyarakat seperti ini akan dapat mewujudkan rasa kebersamaan dan semangat kerjasama dikalangan warga KPTM. Pihak Pengurusan Tertinggi sentiasa menyokong penuh aktiviti sihat yang dijalankan oleh warga kolej. Namun katanya lagi, setiap individu harus sentiasa peka dan bersikap positif dalam menjaga nama baik KPTM sendiri.

Bantuan CSR ini merupakan program sampingan yang dianjurkan bersempena Program Santai KKSK Ke Royal Belum, Grik, Perak. Turut hadir adalah En. Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Tn. Hj. Mohd Rusli Bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar serta barisan Pengurusan Tertinggi KPTM.

Engagement Bersama Pengurusan Tertinggi KPTM 2019

 

8 JANUARI 2019 | KUALA LUMPUR – Satu Majlis Engagement Bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah diadakan dengan kehadiran semua kakitangan KPTM Ibu Pejabat.

Dalam majlis ini setiap Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM menyampaikan ucapan dan taklimat bekenaan hala tuju dan perancangan jabatan masing-masing bagi tahun baru 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En. Nordin Bin Ahmad dalam amanatnya berkata, “Setiap kakitangan harus mempunyai disiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam menunaikan kerja yang diamanahkan. Keutamaan harus diberikan kepada kepuasan pelanggan dalam urusan kerja seharian bagi memastikan kualiti pengurusan dan melestarikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Justeru setiap kakitangan harus berusaha mencapai “Key Performance Indicator” (KPI) yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing. Disamping memperkuat strategi pemasaran dan memperkasa ‘branding’ KPTM agar lebih dikenali umum”.
Seramai 60 kakitangan yang menyambut Hari Kelahiran dari bulan September 2018 sehingga Januari 2019 turut diraikan dengan acara memotong pulut kuning dan kek beramai-ramai

Disediakan oleh :
Seksyen Komunikasi Korporat

MAJLIS APRESIASI KPTM: 50 STAF TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN RAIKAN JASA BAKTI PESARA SERTA PENTAULIAHAN SIJIL MS ISO BERSEPADU KPTM SELURUH MALAYSIA DARIPADA SIRIM

BANGI | 19 DISEMBER 2018 | MAJLIS APRESIASI KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) 2017 telah diadakan sebagai tanda penghargaan KPTM kepada kakitangan yang telah berkhidmat di KPTM merangkumi semua kampus cawangan di seluruh negara dan komited sedaya upaya mencurahkan khidmat bakti demi kemajuan dan kegemilangan organisasi.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Rashid Bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Hadir sama YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Pada majlis ini, seramai 50 staf akan menerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG dari kategori Pengurusan, Pensyarah dan Sokongan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI) yang dicapai oleh staf pada tahun 2017. Turut diraikan 4 orang staf bersara dalam perkhidmatan iaitu Apresiasi Jasamu Dikenang.

Pada masa sama diadakan PENTAULIAHAN SIJIL MS ISO 9001:2015 SECARA BERSEPADU MERANGKUMI KPTM DAN KUPTM DI SELURUH MALAYSIA DARIPADA SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD. Ini adalah kesinambungan selepas KPTM memperolehi Sijil MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010 dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di setiap kampus cawangan KPTM namun pelaksanaannya pada ketika itu adalah secara pensijilan berasingan di mana setiap kampus melaksanakan proses pensijilannya secara individu.

Sesi penyerahan Sijil MS ISO 9001:2015 telah dilakukan oleh Encik Mohammad Hamidi Bin Yusop, Juruaudit Utama Seksyen Perkhidmatan Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan SIRIM, bagi mewakili Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Kepada YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Rashid Bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA.

 

PESARA KPTM

 

KATEGORI PENGURUSAN

 

KATEGORI PENSYARAH

 

KATEGORI SOKONGAN II

 

KATEGORI SOKONGAN I

 

 

Majlis Podium Perdana Siswa IPMA 2018 Memartabatkan Warga IPMA Yang Cemerlang Di Dalam Bidang Ko-Kurikulum

10 DISEMBER 2018 | KUANTAN, PAHANG | MARA melalui Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) telah menganjurkan Majlis Podium Perdana Siswa IPMa 2018. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Pahang (KPMIM) menjadi tuan rumah penganjuran majlis pada kali ini. Podium Perdana Siswa IPMA diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pendidikan di bawah BPT yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Bagi penganugerahan kali ini, KPTM dan KUPTM telah tersenarai sebagai finalis bagi beberapa kategori seperti Anugerah Tokoh Siswa : Sukan / Permainan (Berpasukan) – Kelab Futsal KPTM Bangi, Anugerah Tokoh Siswa : Inovasi – KPTM Kuantan; dan Anugerah Pengurusan Pembangunan Siswa Cemerlang- Unit Kaunseling Cemerlang – Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM). Ketiga-tiga pencalonan ini membolehkan KPTM Bangi, KPTM Kuantan dan KUPTM membawa balik hadiah plak dan sijil iringan.

YBhg. Dato’ Azhar Bin Abd Manaf, Ketua Pengarah MARA telah menyempurnakan majlis ini disamping menyampaikan hadiah dan trofi kepada kemenangan kepada para finalis. Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, “pengiktirafan yang dianugerahkan sempena Majlis Podium Perdana Siswa IPMa 2018 dilihat sebagai pemangkin dalam menyuntik semangat dan meningkat potensi diri kepada Warga MARA untuk terus berinovasi melalui pelbagai cabang ilmu.”

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah YBhg Dato’ Roseli bin Dol, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, serta Tuan Haji Abd Hamid bin Haji Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA. YBrs. Tuan Haji Zul Bahri Bin Hamzah, Timbalan Pengarah Pembangunan MARA dan YBrs. En. Mohd Fazly Bin Jamaluddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik mewakili Pengarah KPM Indera Mahkota.

Hadir bersama mewakili KPTM dan KUPTM adalah YBhg Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Encik Mohd Rusli bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Encik Ramli bin Mohd Jawi, Pengarah KPTM Bangi, Dr. Mohd Noor Azman bin Othman, menjalankan tugas TNC Pembangunan Pelajar KUPTM, pegawai-pegawai HEP KPTM/KUPTM, calon-calon serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar.

Tahniah kepada BPT selaku penganjur dan KPM Indera Mahkota selaku tuan rumah di atas penganjuran majlis yang lancar dan bermakna.

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search