+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

 

15 MEI 2018 | KPTM Ibu Pejabat - KPTM telah meraikan persaraan seramai 8 kakitangan di Majlis Jasa Dikenang Persaraan Kakitangan KPTM 2018 dan turut hadir untuk meraikan persaraan kakitangan En Nordin bin Ahmad Ketua Pengawai Eksekutif , En Abd.Azmi Bin Abd.Aziz Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar,En Mohd Sahidi bin Yaakob Pengarah Kanan Sumber Manusia ,Pengurusan Tertinggi KPTM dan semua kakitangan KPTM.

KPTM mengucapkan selamat bersara.

Seksyen Komunikasi Korporat

Booth promosi KPTM di Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) di Bachok menerima kunjungan orang ramai yang rata-rata ingin mendapatkan informasi berkenaan KPTM.

Tahniah kepada KPTM kerana sentiasa menyokong program anjuran MARA dan KKLW dengan aktiviti promosi supaya lebih dekat dengan komuniti.

Menambah kemeriahan, KPTM turut menyediakan kemudahan pemeriksaan percuma kepada pengunjung yang datang dan pemeriksaan dilakukan oleh pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Kejururawatan dari KPTM Kota Bharu.

Terima kasih kepada Pengerusi MARA, YBhg. Dato" Dr. Awang Adek Hussin atas kesempatan dan kesudian melawat dan membuat pemeriksaan kesihatan di booth KPTM.

Jom ramai-ramai pakat masuk KPTM. Jumpa lagi di destinasi akan datang.

Seksyen Komunikasi Korporat

KPTM menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sehati Sejiwa turut mengambil kesempatan melawat seorang pelajar KPTM Kota Bharu iaitu adik Siti Nor Amani Sulong, jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menderita lumpuh separuh badan secara tiba-tiba.

Walaupun sudah boleh bergerak dan berdiri namun kakinya masih lemah dan adik Amani kini masih dalam rawatan dan pantauan pihak hospital. Kami semua mendoakan kesembuhan kepada Amani dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala serta dapat menyambung semula pengajian.

Lawatan diketuai oleh YBhg En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM serta Pengarah KPTM Kota Bharu, En Nik Khairi Mohd Zain, Pengarah KPTM- KESEDAR, En. Wan Mohamad, Timbalan Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, Pn. Noraini Ismail dan turut menyerahkan barangan keperluan harian sebagai sumbangan bagi meringankan sedikit beban.

Seksyen Komunikasi Korporat

Satu jalinan kerjasama strategik telah diadakan oleh KPTM Bangi dengan tiga buah sekolah sekitar Selangor dan Melaka yang dijadikan sebagai sekolah angkat. Sekolah tersebut adalah SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, SMK Tinggi Kajang, Selangor dan SMK Seri Kota, Melaka.

Majlis Menandatangani LOI (Letter Of Intent) Kerjasama Strategik di antara KPTM Bangi dan Sekolah Angkat ini merupakan suatu majlis yang diadakan bagi menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara KPTM Bangi bersama Sekolah Angkat bagi meningkatkan penglibatan KPTM Bangi dalam sistem pendidikan negara.

Pada masa sama juga ia adalah sebagai kerjasama pintar yang akan dijalankan antara KPTM dan sekolah-sekolah tersebut dan dikategorikan sebagai "win-win situation" yang mana KPTM akan menyalurkan bantuan keperluan dan sokongan pembelajaran yang sewajarnya kepada sekolah bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran akademik sekolah.

Sementara bagi KPTM pula ia adalah sebagai platform untuk pelajar sekolah angkat ini melanjutkan pengajian di KPTM selepas tamat SPM kerana KPTM menawarkan pengajian pendidikan tinggi yang setaraf dalam pelbagai peringkat seperti diploma, ijazah, sarjana dan juga di peringkat doktor falsafah serta graduan yang dilahirkan adalah berkebolehpasaran.

LOI telah ditandatangani oleh Pengarah KPTM Bangi, En Ramli Mohd Jawi dengan pengetua sekolah terbabit iaitu Pengetua SMK Seri Kota Melaka, En Md Isa Jani, Pengetua SMK Ungku Aziz Sabak Bernam, Pn. Hajah Siti Rahmah Timin dan Pengetua SMK Tinggi Kajang, En Zaizman Mohd Zainuddin.

Majlis menandatangai telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, En Nordin bin Ahmad dan turut serta semasa sesi menandatangani adalah Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin Bin Hussin, Timbalan Pengarah Akademik KPTM Bangi, Pn Noor Laili Abdullah, serta Ketua unit kolaborasi KPTM Bangi, Cik Siti Normarlina Hanif.

Program ini adalah dibawah kelolaan Pengarah KPTM Bangi, En Ramli bin Mohd Jawi dan diuruskan sepenuhnya oleh unit kolaborasi dengan kerjasama sekretariat Majlis Menandatangani LOI (Letter Of Intent) Kerjasama Strategik di Antara KPTM Bangi dan Sekolah Angkat dengan kerjasama Unit Kolaborasi & Jaringan Industri dan Unit Pemasaran KPTM Bangi.
Tahniah KPTM Bangi.

Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search