+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

 

02 Jun 2018 | TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR | MARA bersama dengan anak-anak syarikat termasuk KPTM telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Meraikan Anak-anak Yatim.

Program ini telah diadakan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Miskin Muallaf Penyayang Nur Iman, Danau Kota Setapak bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa dan di sertai oleh Pengarah-pengarah MARA, pengawal-pengawal Pusat MARA dan 35 orang anak-anak yatim yang diraikan.

Aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi membersihkan ruang-ruang rehat dan bilik tidur anak yatim/asnaf dan pelajar KUPTM juga turut memeriahkan program bersama anak yatim dengan mengadakan pertandingan mewarna bagi anak yang berumur 12 tahun kebawah dan membuat ketupat hiasan bagi 18 kebawah.

Penganjuran program ini adalah hasil daripada inisiatif MARA untuk menjadikan penjenamaan korporat anak syarikat dan MARA lebih kukuh dan dikenali menerusi aktiviti-akiviti kebajikan pada bulan yang penuh keberkatan ini.

KPTM merupakan salah sebuah anak syarikat yang bekerjasama dalam merealisasikan program ini dan KPTM diberi tanggungjawab untuk menyumbangkan beberapa keperluan program.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

7 April 2018 I Bera | Gerai promosi KPTM di Jelajah Pendidikan Bumiputera Peringkat Daerah Bera yang sedang berlangsung sekarang di Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang. Para pelajar Diploma Kejururawatan kami datangkan khas dari KPTM Kota Bharu sedia membantu anda membuat pemeriksaan asas kesihatan.

11 April 2018 | KPTM Ibu Pejabat | Majlis bacaan IBR oleh ahli Pengurusan Tertinggi dan ketua-ketua jabatan ibu pejabat KPTM telah berlansung pada 11 April 2018 bertempat d bilik Rafflesia, ibu pejabat KPTM.

Bacaan IBR telah diketuai oleh Puan Zailina Bt Zakaria (Timbalan Pengarah Seksyen Jaminan Kualiti) dan disaksikan oleh En Nordin Bin Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif). Bacaan ini sebagai tanda komitmen berterusan KPTM dalam membenteras rasuah dan salah guna kuasa.

Selain IBR, warga KPTM juga telah menandatangani Corporate Integrity Pledge, amalan Polisi Tiada Hadiah, amalan Kod Etika Mara dan keahlian sahabat GERAH SPRM.

Dalam masa yang sama, sebagai langkah menyokong Whistleblower Protection Act 2010, KPTM menyediakan Sistem Aduan Integriti sebagai saluran pengadu melaporkan kesalahan rasuah secara online.

Dan Ibu Pejabat Mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan KPTM Ibu Pejabat dan bersedia ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2015.

 

16 April 2018 | KPTM Ibu Pejabat | Satu majlis amanat ringkas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad bersama warga kerja Ibu Pejabat KPTM telah diadakan sempena 100 hari beliau menerajui KPTM Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyampaikan amanat kepada semua kakitangan supaya lebih bersatu hati dalam bekerja dan mempunyai sifat berpasukan yang tinggi dengan nilai positif. Ia adalah bagi memastikan organisasi KPTM akan lebih cemerlang dan mempunyai kakitangan yang melahirkan aura positif.

Dalam memastikan KPTM sentiasa relevan sebagai Institusi Pengajian Tinggi, semua kakitangan perlu berganding bahu dan mempunyai semangat untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf melanjutkan pengajian di KPTM. Ia merupakan tanggungjawab bersama dan bukan tertumpu kepada bahagian yang tertentu sahaja.

Kejayaan KPTM adalah bermula daripada kakitangan yang positif dan bersatu hati. Semoga KPTm akan terus menjadi institusi pilihan dan melahirkan anak bangsa yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.

Sementara itu, pada masa sama sebagai menceriakan suasana dan menghargai kakitangan, turut diadakan sesi potong kek sempena majlis sambutan hari lahir untuk kakitangan yang lahir pada bulan Mac dan April. Semoga semua kakitangan yang berbakti kepada KPTM dan MARA ini terus dirahmati Allah.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

23 APRIL 2018 | KPTM Ibu Pejabat | Jabatan Sumber Manusia telah mengadakan sesi Taklimat Am KWSP kepada kakitangan ibu pejabat bertempat di Dewan Bunga Mawar KPTM Ibu Pejabat.

Pada sesi taklimat ini, segala pertanyaan berkenaan wang simpanan pekerja boleh diajukan terus dengan KWSP.

KWSP turut menyediakan kaunter bergerak bagi melakukan penamaan, pengeluaran bagi yang layak dan berbagai-bagai kemudahan lain.

Dengan aktiviti seperti ini memberi pendedahan kepada kakitangan tentang kepentingan wang simpanan pekerjaan.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search