+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

 

28 Jun 2018 | Avilion Cove Hotel | Port Dickson, NEGERI SEMBILAN - Bagi memastikan KPTM dan KUPTM kekal relevan dan berdaya saing dalam mengharungi arus pembangunan yg drastik, satu Bengkel Kajian Semula Pelan Perancangan Strategik KPTM bagi tahun 2016 - 2020 telah diadakan di Port Dickson bermula 28 - 30 Jun 2018.

Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan dan Ahli Senat KPTM telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Nordin Ahmad.

Nordin berkata, "KPTM wajar mengkaji semula pelan strategik 5 tahun KPTM (2016-2020) yang telah dibuat pada 2 tahun yang lalu bagi mengambil kira kehendak pasaran semasa dan mengukuhkan lagi jenama KPTM selain memberi nilai tambah dan meningkatkan kebolehpasaran graduan KPTM".

"Kajian semula pelan strategik KPTM ini akan memberi fokus utama dalam 2 aspek penting iaitu keusahawanan dan inovasi. Setiap kampus perlu lebih kreatif dan sensitif dengan persekitaran dan kehendak semasa bagi memastikan KPTM kekal relevan dan menjadi salah sebuah institusi pendidikan pilihan di negara ini," tambah Nordin lagi.

Semoga Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Korporat dengan kerjasama Bahagian Akademik KPTM ini akan mencapai objektifnya.

 

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

BANGI | 28 Jun 2018 | Sempena dengan sambutan majlis raya peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), KPTM dibarisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. En. Nordin bin Ahmad dan beberapa pegawai kanan hadir sama bagi memeriahkan majlis.

Bertempat di Institut Kemajuan Desa INFRA Bangi, majlis berlangsung dengan meriah dan Menteri KPLB, Yang Berhormat Rina Mohd Harun sempat beramah mesra dengan tetamu.


Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

12 Jun 2018 | KPTM IBU PEJABAT | Majlis santai perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En. Nordin Bin Ahmad bersama kakitangan KPTM Ibu Pejabat telah diadakan bagi sesi beramah mesra pengurusan bersama kakitangan sempena pra raya.

Dalam sesi pertemuan itu, YBhg. En. Nordin turut mengumumkan pemberian insentif raya sebanyak RM400 kepada kakitangan. Seluruh warga kerja juga diingatkan supaya memandu dengan berhati-hati semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.

Dalam kesempatan itu juga diadakan sesi bersalaman dan bermaafan sesama kakitangan dan dengan harapan semoga ukhuwah ini akan terus berkekalan dan semua kakitangan di bawah KPTM bersatu hati dan saling menghormati.

Dalam ucapan beliau juga menyatakan pengurusan KPTM akan memberi sokongan kepada Kelab Kakitangan dan Sukan KPTM (KKSK) agar kelab ini akan lebih proaktif.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

 

6 Jun 2018 │KPTM KUANTAN | Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. dengan PSTC Sdn. Bhd. telah diadakan di KPTM Kuantan. KPTM Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif sementara PSTC Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mohd. Nizam bin Mohd. Isa, Pengarah Urusan.

Dengan perjanjian yang telah ditandatangani, maka bermulanya kerjasama di antara KPTM Sdn. Bhd. bersama PSTC Sdn. Bhd. dalam memartabatkan bidang "Keselamatan dan Kesihatan" yang bukan sahaja di kalangan warga KPTM malahan juga bagi masyarakat di sekeliling.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran dan prasarana yang sesuai bagi bidang “keselamatan dan kesihatan” dan telah menghasilkan kursus yang akan ditawarkan di KPTM Kuantan.

Kursus yang berkaitan bidang “keselamatan dan kesihatan” yang bakal ditawarkan di penghujung bulan Julai 2018 adalah kursus Site Safety Supervisor (SSS). Kursus jangka pendek selama 10 hari ini merupakan kursus untuk meningkatkan kompetensi dalam penyeliaan keselamatan tapak.

Bagi maklumat lanjut berkenaan kursus ini, sila hubungi En. Razmi (013 920 4510) atau En. Shafik (017 966 2686)

Sumber: Pengarah KPTM Kuantan

 

6 Jun 2018 | KUPTMKL , CHERAS | Program Ihya Ramadhan Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk dan Dodol telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL) dibantu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama KKSK telah diadakan di perkarangan KUPTMKL bagi sama-sama membina ukhuwah dikalangan pelajar dan kakitangan KPTM/KUPTM.

Sesi memasak dodol yang diadakan seawal jam 9.30 pagi turut dihadiri oleh YBhg. Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pengawai Eksekutif dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Nasir Bin Hj. Saludin, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus menjalankan tugas Naib Canselor KUPTM.

Objektif mengeratkan siratulrahim antara pelajar dan kakitangan tercapai apabila semua kakitangan dan pelajar bersama-bersama bergotong-royong mengacau dodol dan telah diagihkan kepada semua pelajar dan kakitangan.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search