+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM



31 Ogos 2018 | Batu Pahat | TAHNIAH kepada KPTM BATU PAHAT yang telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan 2018 sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-61 anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat.

KPTM Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Johan dua tahun berturut-turut bagi Kategori Kolej/Institusi Pendidikan dan Latihan dengan membawa pulang wang tunai RM3,000.00.

Sumber : KPTM Batu Pahat


19 Ogos 2018 | Yayasan Pahang, Kuantan | Tahniah dan syabas kepada kontinjen KPTM yang telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Networking Games 2018 anjuran Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA).

Majlis penutup pada petang tadi telah disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Hj Ahmad Munawar Bin Haji Abdul Jalil ( Board of Trustee, Yayasan Pahang Cum. Chairman, Board of Directors, KYP Advanced Skills). Manakala KPTM diwakili oleh Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En Mohamed Saifuddin bin Hussin.

Kejohanan Networking Games 2018 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) telah berlangsung di Kolej Universiti Yayasan Pahang selama 4 hari bermula 15 Ogos 2018 sehingga hari ini.

KPTM telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan kejohanan dengan merangkul Tiga Pingat Emas dan Satu Pingat Gangsa.

[EMAS]
1: BOLA TAMPAR WANITA
2: PING PONG BEREGU LELAKI
3: FUTSAL

[GANGSA]
1: PING PONG CAMPURAN

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

9 Julai 2018 | Kuala Lumpur | Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Rakyat bagi memberi peluang pembiayaan pengajian pelajar di KPTM menerusi pendidikan-i Bank Rakyat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, menerusi kerjasama strategik ini, pelajar yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan-i bagi pembiayaan sehingga RM1 Juta dengan tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun pada kadar keuntungan yang kompetitif.

Jelas Encik Nordin, ia adalah bagi membantu pelajar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan pinjaman pendidikan sekaligus dapat membantu meringankan beban keluarga.

“Pembiayaan pendidikan ini merupakan kemudahan pilihan pinjaman yang disediakan oleh KPTM selain pinjaman MARA dan PTPTN bagi membiayai kos pengajian pelajar yang mendaftar di KPTM”.

Pembiayaan ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti program yang ditawarkan oleh KPTM dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

Syarat kelayakan bagi memohon pembiayaan ini ialah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan. Selain itu, pemohon atau ahli keluarga pemohon juga hendaklah mempunyai pendapatan bulanan minimum RM2,000.

Dengan kerjasama strategik ini, ia sekaligus membuktikan KPTM merupakan antara IPTS yang menawarkan pinjaman pendidikan yang berkualiti serta menjadi garis panduan kepada pelajar dan ibu bapa dalam memlilih KPTM sebagai destinasi pembelajaran yang terbaik.

MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, KPTM dengan Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) Bank Rakyat, Dato’ Amirudin Abdul Halim. Selain KPTM, jalinan kerjasama ini turut melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Akati Consulting (M) Sdn Bhd, dan Admal Aviation College.

Seksyen Komunikasi Korporat


5 Julai 2018 | Kuala Lumpur |
Kemeriahan sambutan aidilfitri masih lagi terasa dan hari ini telah berlangsung Majlis Riang Ria Sambutan Potluck Aidilfitri Exco & Jawatankuasa Kecil MQS ISO Ibu Pejabat KPTM. Majlis ini diadakan sebagai salah satu aktiviti bagi mengeratkan ukhuwah warga kerja di KPTM Ibu Pejabat.

Sambutan majlis bertambah lebih meriah dengan kesudian CEO KPTM En.Nordin Bin Ahmad dan sama-sama meraikan bersama kakitangan lain.

Pelbagai juadah dihidangkan dan semoga ikatan siratulrahim dikalangan warga kerja KPTM Ibu Pejabat terus utuh dan bersatu hati.

Seksyen Komunikasi Korporat

 

4 Julai 2018 | Bangi | Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) cawangan Bangi hari ini mengadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman dengan Dublin Business School (DBS Ireland) sebagai kesinambungan kolaborasi diantara DBS Ireland dan KPTM Bangi dalam program kelolaan KPTM Bangi iaitu Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance (BAAF).

Kebolehpasaran graduan BAAF ini amat membanggakan dimana seramai 80 orang atau 86% pelajar BAAF yg baru sahaja menamatkan pengajian pada bulan lepas telah ditawarkan pekerjaan sementara selebihnya sedang menunggu panggilan temuduga.

Sehubungan itu, pertukaran perjanjian pada hari ini adalah kesinambungan kolaborasi yang telah diadakan sepanjang lima tahun lepas bagi memastikan program ini terus berjalan dan hubungan dua hala antara KPTM Bangi dan DBS Ireland ini berterusan dengan baik bagi melahirkan golongan akauntan bertauliah.

Pemilihan KPTM Bangi oleh DBS untuk menjalankan program BAAF di Malaysia sejak September 2014 adalah selaras dengan status KPTM Bangi sebagai kampus utama bagi jurusan Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan KPTM. Mendapat enam Bintang dalam penarafan MyQuest 2016/2017 oleh Kementerian, membuktikan bahawa kredibiliti KPTM Bangi sebagai pengendali pendidikan tinggi yang berkualiti tidak dapat disangkal lagi.

Melalui program ini, pelajar mempunyai peluang untuk mengambil kertas peperiksaan ACCA dengan pengecualian penuh sebelum bergraduasi dan menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan oleh ACCA. Adalah diharapkan kolaborasi yang cemerlang di antara KPTM Bangi dan DBS ini akan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Kesemua 42 orang wakil telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada 40 orang wakil daripada KPTM dan 2 orang wakil daripada DBS.

Majlis pertukaran perjanjian berlangsung diantara YBhg. En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dengan Mr. Andrew Conlan-Trant, Dekan Eksekutif DBS Ireland.

Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2019 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search