+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM


30 Oktober 2018 | Bangi | Pasukan debat KUPTM1 dinobatkan sebagai johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018 menewaskan pasukan debat UniKL UBIS dalam sesi perdebatan yang sengit dengan keputusan juri 4:3 dan margin 2. Pasukan KUPTM2 pula mendapat tempat ketiga bersama setelah tewas kepada UniKL UBIS di separuh akhir.

Selain itu, saudara Jaslie dan saudari Aziah juga telah disenaraikan dan menerima hadiah sebagai 10 pendebat terbaik sepanjang pusingan awal. Lebih manis lagi apabila saudara Jaslie turut dinobatkan pendebat terbaik perlawanan akhir dan keseluruhan. Pertandingan debat tersebut dianjurkan oleh Unit integriti MARA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir adalah Timb. Presiden HEP KPTM, Encik Mohd Rosli, TNC HEPA, Dr. Mohd Noor Azman, dan Encik Kassim Osman.

Tahniah sekali lagi dari warga kerja KUPTM di atas kejayaan pasukan ini yang dibimbing oleh Puan Filzahrus, penasihat YOC.

 

9 September 2018 | KPTM-KESEDAR, Gua Musang | Kejohanan bolasepak piala Ketua Pegawai Eksekutif edisi ke-4 ini tleah diadakan di KPTM-KESEDAR Gua Musang, Kelantan.

Kejohanan ini diadakan selama tiga hari dan di sertai oleh lapan pasukan dari setiap kampus cawangan KPTM di seluruh Malaysia.

Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim dikalangan pelajar KPTM.

Pada edisi kali ini, KPTM Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Juara bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif, manakala KPTM Bangi sebagai Naib Juara dan KPTM Kuantan mendapat tempat ke-3.

Perasmian penutup kejohanan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En Nordin bin Ahmad.

Pada majlis tersebut YBhg. En Nordin bin Ahmad telah mengumumkan KPTM Bangi sebagai penganjur edisi ke-5 bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif akan datang.

Turut hadir, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, YBhg. En Mohd Rusli bin Abdul Wahab, Pengarah KPTM-KESEDAR, En Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin dan pengarah kampus cawangan KPTM. Sementara itu, KESEDAR dihadiri oleh Pengurus Wilayah KESEDAR, En Kamal Badrul Hisham bin Mohamed.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

 

3 September 2018 | Kuala Lumpur | Satu majlis Menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOA) antara KPTM dengan Universiti Tun Abdul Razak telah diadakan dalam memantapkan lagi hubungan strategik dua hala institusi pendidikan tinggi.

Majlis ini ditandatangani oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPTM, YBhg. En Nordin bin Ahmad bersama Timbalan Presiden Akademik KPTM En Azmi bin Abdul Aziz. Manakala, daripada Unirazak adalah Naib Canseor UNIRAZAK, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Samsinar Md Sidin.

Majlis menandatangani MOA berlangsung di dewan UNIRAZAK dan turut dihadiri oleh pengurusan KPTM.

Seksyen Komunikasi Korporat


29 Ogos 2018 | KPTM Ibu Pejabat, Kuala Lumpur | Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara sempena bulan kemerdekaan ini, Ibu Pejabat KPTM telah menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka bertempat di Dewan Bunga Mawar, Ibu Pejabat KPTM.

Majlis dimeriahkan dengan beberapa pengisian menarik antaranya penyertaan pertandingan lagu patriotik oleh staf dari setiap jabatan, persembahan nyanyian staf, penyerahan surat kenaikan pangkat staf ibu pejabat, sambutan hari jadi staf dan penyampaian hadiah kepada pemenang Networking Games Masiswa.

Selain menyuntik semangat kemerdekaan, secara tidak langsung program ini dapat merapatkan ukhuwah antara staf dan pengurusan.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

Aplikasi KEDU2U

Muat turun aplikasi KEDU2U Melalui Apple App Store dan Google Play Store

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Komunikasi Korporat KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my
FB : Pengambilan.KPTM

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

Search