+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

Tahniah KPTM KUANTAN, Juara keseluruhan KALAM 2019.

KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM KPTM SE-MALAYSIA 2019 (KALAM) yang bertemakan “Menyantuni Ummah Membawa Berkat” telah berlangsung dengan jayanya di Kolej University Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) pada 10 -12 Disember 2019. Karnival ini merupakan penganjuran kali ke-2 yang mengumpulkan 399 peserta dari KUPTM dan 7 cawangan kolej KPTM.

10 pertandingan telah dipertandingkan diantaranya Syarahan BM, Syarahan BI, Kalam Jama'ie, Choral Speaking, Khat, Nasyid, Khutbah, Azan & Iqomah, Hafazan (Tahfiz) dan Hafazan (Terbuka).

Kemenangan terbesar diperolehi oleh KPTM Kuantan dengan mendapat Juara keseluruhan KALAM 2019. Diikuti oleh Naib Juara KPTM Bangi dan tempat ketiga KPTM Batu Pahat.

Karnival ini dirasmikan oleh Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM. Antara ungkapan beliau yang perlu menjadi ingatan semua adalah ‘Pendidikan dan sahsiah adalah dua perkara yang berkait,.. Asbab untuk kita berjaya di masa hadapan’. Ini adalah bukti KPTM akan terus mendahului Institusi Pendidikan bukan sahaja dalam bidang akademik malah seiring dengan perkembangan sahsiah diri pelajar.

Turut diundang dan membuat persembahan pada karnival ini adalah penyanyi RAIHAN & juga Aina Abdul.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di album KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM sumber FB: Komunikasi Korporat KPTM

Seramai 98 graduan cemerlang dan 76 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari Institusi Pendidikan MARA (IPMA) diraikan dalam Majlis Hi-Tea YB Menteri KPLB bersama Graduan Cemerlang IPMA Tahun 2019 pada 3 Disember 2019 di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.

Antara pelajar IPMA yang mendapat tawaran ke luar negara adalah dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) seramai 14 orang pelajar, MARA Japan Industrial Institute (MJII) 1 pelajar, German Malaysian Institute (GMI) 5 orang pelajar, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 13 orang pelajar dan 2 orang pelajar dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) serta 40 orang pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Australia, Jerman, New Zealand dan juga Jepun.

Sumber : FB Majlis Amanah Rakyat

Sukan Kolej Poly-Tech MARA (SUPTEM) Kali Ke-8 : KPTM Bangi Juara Lima Kali Berturut-turut


4 Mei 2019, JITRA
– Kejohanan Sukan Kolej Poly-Tech MARA kali ke 8 (SUPTEM 8) melabuhkan tirai pertandingannya semalam. Kejohanan sukan yang telah berlangsung dari 1 Mei baru-baru ini telah disertai oleh 360 atlet yang mewakili 8 kampus cawangan KPTM dan KUPTM seluruh Malaysia.
Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(POLIMAS), Jitra Kedah dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mohd. Asmirul Anuar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan.

Dalam ucapannya beliau, berkata aktiviti-aktiviti kesukanan yang dijalankan di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu acara yang sangat baik kerana ia dapat mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.

KPTM Bangi sekali lagi muncul sebagai Juara bertahan 5 kali berturut-turut sepanjang SUPTEM diadakan. Dengan kutipan 6 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa, serta membawa pulang piala pusingan beserta hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00.

Naib Juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM800.00 beserta piala pusingan disandang oleh KUPTM Kuala Lumpur dengan memperoleh 3 pingat emas, 6 perak, dan 1 gangsa.

Manakala KPTM Kota Bharu mendapat tempat ketiga dengan kutipan pingat 3 emas, 1 perak dan 6 gangsa. Mereka turut membawa pulang piala pusingan beserta wang tunai RM500.00.

Dalam majlis sama, tuan rumah penganjur SUPTEM 8, Pengarah KPTM Alor Setar, En. Anuar bin Zakaria @ Aziz menyerahkan bendera SUPTEM 2017 kepada Pengarah KPTM Kuantan, En. Nik Mohd Khairi Bin Nik Mohd Zain, sebagai tuan rumah SUPTEM ke-9 yang dijangka akan diadakan di KPTM Kuantan pada tahun 2021.

Hadir sama dalam majlis ini adalah YBhg. En. Nordin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Ybhg. Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin, Pengarah POLIMAS serta pegawai-pegawai kanan KPTM dan KUPTM.

Tahniah KPTM Alor Setar sebagai penganjur SUPTEM8 2019, Tahniah kepada semua pemenang.
Semoga berjumpa lagi di SUPTEM 9 2021 di Kuantan, Pahang.

Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di album MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SUPTEM 8 TAHUN 2019 sumber FB: Komunikasi Korporat KPTM 

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Poly-Tech MARA

 

30 April 2019 | Kuala Lumpur – Jabatan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Poly-Tech MARA 2018 yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan kecermerlangan dalam perkhidmatan seterusnya menjadi pendorong kepada kakitangan yang lain untuk sama-sama bersaing secara sihat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Seramai 50 kakitangan menerima anugerah cemerlang yang terdiri dari beberapa kategori iaitu pengurusan, pensyarah, eksekutif dan kakitangan sokongan. Pada majlis kali ini 6 kategori baru turut diperkenalkan iaitu Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kreatif & Inovasi, Anugerah Staf Sokongan Gemilang, Anugerah Eksekutif Gemilang, Anugerah Pendidik Gemilang dan Anugerah Kampus Gemilang.

Anugerah Khas ini diberikan kepada kakitangan yang terbaik dalam kategori masing-masing. Bagi Anugerah Khidmat Masyarakat diberikan kepada En. Mohd Nazir Bin Mat Yunoh dari KPTM Bangi. Anugerah Kreatif & Inovatif telah dimenangi oleh Projek Academic Certificate Identifier-Certifal yang diketuai oleh TS. Dr. Zahrah Binti Yahya, Dekan Fakulti Pengkomputeran, Informatik & Multimedia Kreatif KUPTM Kuala Lumpur. Staf Sokongan Gemilang menjadi milik Cik ‘Aadila Binti Mohammad Azahari dari KPTM Bangi, Anugerah Eksekutif Gemilang pula diberikan kepada Puan Syuhida Binti Mohd Sofian. Manakala Puan Aidahani Binti Ahmad dari KPTM Batu Pahat telah dianugerahkan Pendidik Gemilang dan KPTM Bangi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kampus Gemilang.

Selain itu, majlis ini turut meraikan kakitangan yang bersara sehingga bulan Jun 2019 dengan Apresiasi Jasamu Dikenang iaitu Tn. Haji Mohd Rusli Bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, Encik Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff dari KPTM Kuantan, Encik Ahmad Thani Bin Ab Wahab, dari KPTM Kota Bharu dan Puan Normah Binti Rauf dari KPTM Kota Bharu.

Dalam majlis sama penghargaan turut diberikan kepada Puan Hajjah Latipah Binti Ahmad atas jasa bakti beliau sepanjang 7 tahun berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah KPTM.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua penerima anugerah.

Hadir sama adalah Encik Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Tn. Haji Abd Hamid Bin Haji Ahmad dan YBhg. Dato’ Ally Azwin Bin Dato’ Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah KPTM serta pegawai-pegawai kanan KPTM & KUPTM.

Sembah Tamu Oleh Kelab Seni Tari Dan Muzik (ESPERANZA)

 

26 April 2019 (Jumaat) | Han Place Hotel | Pelajar-pelajar dari Kelab Seni Tari dan Muzik (ESPERANZA), Kolej Poly-Tech MARA Semporna telah diberi penghormatan oleh Pengurusan Hotel Han Place untuk membuat tarian kebudayaan sembah tamu kepada semua tetamu/pelanggan hotel sempena sambutan Regatta Lepa Semporna 2019.

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search