+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

 

20 Februari 2020 - Kolej Poly-tech MARA telah memberikan sumbangan kepada adik Fatin Nur Aleeya binti Ishak Abdullah pelajar semester 1 di KPTM Kuantan.

Kejadian litar pintas menyebabkan rumah adik Fatin Nur Aleeya terbakar, diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh En Nordin Bin Ahmad Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar yang menjalankan tugas Ketua Pengawai Eksekutif KPTM, turut hadir Pengarah KPTM Kuantan dan Pengurusan Tertinggi KPTM.

 

 

07 Februari 2020 | Jumaat - Majlis penyerahan mock cheque telah diadakan di Wisma PPZ yang mana penyerahan ini telah dibuat oleh Encik Nordin bin Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM kepada Tuan Hj. Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP.

Sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00 telah diberikan kepada PPZ dan semoga sumbangan ini dapat disalurkan kepada yang memerlukan. KPTM juga berharap agar KPTM akan terus menjadi institusi pilihan untuk terus berkembang maju demi meningkatkan lagi taraf pendidikan di negara ini dan secara tidak langsung dapat memberi sumbangan bagi tanggungjawab sosial korporat KPTM.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM dan PPZ. Semoga kerjasama di antara KPTM dan PPZ dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

 

 

30 Januari 2020 - Program Pintar Harapan @ KPLB 2020. Pada Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Rakan Strategik KPLB yang berlangsung pada 30 Januari 2020 di PICC, Putarajaya, KPTM telah mengambil peluang untuk menyampaikan Mock Cheque sumbangan Program CSR daripada KPTM kepada Yayasan Pelajaran MARA. Mock cheque ini telah disampaikan oleh Encik Nordin bin Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM kepada pihak KPLB dengan disaksikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh lebih daripada 50 Rakan Strategik KPLB yg lain.

Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat
Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search