26 Ogos 2020 | Lawatan Pengerusi KPTMSB ke Kampus Cawangan KPTM Batu Pahat
26 Ogos 2020, Rabu : YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB telah berbesar hati membuat lawatan ke kampus cawangan KPTM Batu Pahat. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke kampus cawangan KPTM.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dan Encik Mohamed Saifuddin bin Husin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai salah satu sesi perjumpaan dan perbincangan di antara Pengerusi KPTMSB dengan pihak pengurusan, staf dan juga bertemu dengan pelajar di cawangan kampus Batu Pahat.
Selain itu, dalam sesi lawatan ini turut diadakan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2020 yang dirasmikan oleh Pengerusi KPTMSB.