26 Jun 2020 | Sesi perbincangan peluang kolaborasi di antara Kolej Poly-Tech MARA bersama Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya
26 Jun 2020, Jumaat : KPTM Ibu Pejabat telah berbesar hati menjemput Prof. Dr. Sivamurugan Pandian daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Prof. Madya Dr. Hajah Jariah Mohd Jan, Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya ke sesi perbincangan peluang kolaborasi di antara Kolej Poly-Tech MARA bersama Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya.
Hadir sama dalam dalam perjumpaan ini adalah YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Pengurusan Tertinggi KPTM, Dekan-Dekan serta Bahagian Akademik Ibu Pejabat KPTM.
Semoga perbincangan ini dapat membuka peluang kolaborasi yang lebih besar di antara KPTM dan juga IPTA dalam sama-sama meningkatkan lagi institusi pendidikan di negara ini.