20 Februari 2020 | Sumbangan Kepada Pelajar Rumah Terbakar
20 Februari 2020 - Kolej Poly-tech MARA telah memberikan sumbangan kepada adik Fatin Nur Aleeya binti Ishak Abdullah pelajar semester 1 di KPTM Kuantan.
Kejadian litar pintas menyebabkan rumah adik Fatin Nur Aleeya terbakar, diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh En Nordin Bin Ahmad Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar yang menjalankan tugas Ketua Pengawai Eksekutif KPTM, turut hadir Pengarah KPTM Kuantan dan Pengurusan Tertinggi KPTM.