APA ITU Terjemahan Google (GOOGLE TRANSLATE)?
Terjemahan Google adalah perkhidmatan pihak ketiga yang melakukan semua terjemahan atas talian secara langsung dan dinamik. Dengan mengesan corak dokumen yang telah diterjemahkan oleh penterjemah manusia, Terjemahan Google dapat membuat terjemahan yang sesuai. Proses mencari corak dalam sejumlah besar teks disebut "terjemahan mesin statistik".
Oleh kerana terjemahan dihasilkan oleh mesin, tidak semua terjemahan adalah tepat. Semakin banyak dokumen terjemahan manusia yang dapat dianalisis oleh Terjemahan Google dalam bahasa tertentu, semakin baik kualiti terjemahannya. Ini menyebabkan ketepatan terjemahan berbeza di antara bahasa.
PENAFIAN
Laman web Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah menyediakan pilihan terjemahan Dwi-Bahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan menggunakan "Terjemahan Google" untuk melayari laman web KPTM, pihak KPTM tidak bertanggungjawab di atas salah faham atau ketidaktepatan terjemahan Google yang timbul.
Untuk pengetahuan, Terjemahan Google juga tidak dapat menterjemahkan semua jenis dokumen, dan mungkin tidak memberikan terjemahan yang tepat. Oleh itu, maklumat yang diperoleh daripada Terjemahan Google adalah di atas risiko sendiri.
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan Terjemahan Google, sila kunjungi http://translate.google.com/support/.