+603-9179 5600
Telefon
skk [at] gapps.kptm.edu.my
admission[at]kptm.edu.my

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara ODL - KPTM Kota Bharu

Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditawarkan secara Open Distance Learning (ODL) ini mengambil tempoh masa 3 tahun 8 Bulan (11 Semester panjang).

Pelajar disediakan dengan kaedah pembelajaran secara Blended Learning yang mudah dan fleksibel dengan hanya 4 pertemuan tutorial sahaja pada setiap semester. Bahan pembelajaran juga boleh diakses terus menerusi atas talian dan ini memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk menguruskan pembelajaran mereka pada bila-bila masa tanpa mengganggu waktu bekerja.

Pelajar disediakan dengan kurikulum yang melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan kompentasi yang sewajarnya bagi membolehkan mereka menjadi pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam menyediakan pengasuhan kanak-kanak yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di TASKA dan TADIKA untuk menjalani latihan industri pada semester terakhir.

Program :
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ODL)

Tempoh Program :
3 Tahun 8 Bulan

Kampus :
KPTM Kota Bharu

Kod Program :
BE103

Yuran Program :
RM 12,550

Medium Perantaraan :
Bahasa Malaysia

Rujukan :
N-DL/143/4/0154 (07/2025) MQA/PA 9737

Syarat Kelayakan Minimum :
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 3 KEPUJIAN mana-mana mata pelajaran

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dengan memperolehi minimum Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana pelajaran

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dengan memperolehi minimum Gred Maqbul

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam mana-mana bidang

ATAU

Sijil atau kelayakan yang setara dalam mana-mana bidang.

SEMESTER 1:

Pengurusan Sumber dan Asas Teknologi Maklumat Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pengajian Malaysia 2
 
SEMESTER 2:

Pengucapan Awam / Bahasa Kebangsaan A
Perkembangan Dan Pertumbuhan Awal Kanak-kanak
Professionalisme Guru Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SEMESTER 3:

English For Oral Communication And Proficiency
Perkembangan Sosio-Emosi Kanak-kanak Dalam PAKK
Sosiologi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
SEMESTER 4:

Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran) dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Seni, Kreativiti Dan Estetika Dalam PAKK
Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
SEMESTER 5:

Kemahiran Berfikir
Pendidikan Islam / Etika Moral
Bermain dan Kanak-kanak
 
SEMESTER 6:

Nutrisi, Kesihatan Dan Keselamatan Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa, Literasi dan Komunikasi Awal Kanak-kanak.
Pengurusan Dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
SEMESTER 7:

Pengasuhan Dan Pendidikan Untuk Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas
English Communication And Literacy In Early Childhood Education
Awal Sains Dan Proses Menaakul Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SEMESTER 8:

Bimbingan Dan Kaunseling untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pentaksiran Dan Penilaian Awal Kanak-kanak
Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SEMESTER 9:

Pendidikan Perkembangan Kerohanian Dan Pendidkan Islam / Pendidikan Perkembangan Kerohanian Dan Pendidkan Moral
Pengenalan Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Awal Numerasi dan Penyelesaian Masalah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SEMESTER 10:

Akta Dan Peraturan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Asas Pendidikan Keusahawanan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Khidmat Masyarakat

SEMESTER 11:

Latihan Praktikum
Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara ODL ini dapat meningkatkan taraf kerjaya mereka di pusat asuhan kanak-kanak, taman didikan kanak-kanak, taman bimbingan kanak-kanak dan sebagainya sama ada agensi kerajaan ataupun swasta.

Pelajar-pelajar ini juga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di dalam pendidikan awal kanak-kanak sama ada dengan keperluan khas, pengurusan dan pentadbiran bagi institusi melibatkan pendidikan awal kanak-kanak.

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my
 

Search