+603-9179 5600
Telefon
skk@gapps.kptm.edu.my
admission@kptm.edu.my

Berita KPTM

 

22 September 2020, Selasa : Jawatankuasa Penerbitan Buletin KPTM telah mengajurkan satu program yang bertajuk “Bengkel Penulisan Berita dan Rencana Penerbitan Buletin” yang disampaikan oleh Tuan Haji Ainol Amriz bin Ismail selaku penceramah . Program ini telah diadakan di Dewan Bunga Mawar, Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat dan berlangsung selama satu hari.


Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan turut hadir sama ialah Encik Sahidi bin Yaakob, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Encik Mohamed Saifuddin bin Husssin, Pengarah Kanan Jabatan Perancang Korporat.


Seramai 23 orang peserta terdiri daripada Ahli dan penyelaras cawangan Jawatankuasa Penerbitan Buletin serta penolong pengarah bahagian pemasaran telah menyertai program ini. Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Encik Sahidi bin Yaakob, Pengarah Kanan Sumber Manusia.


Semoga program ini dapat membantu memantapkan lagi penulisan dan gaya bahasa dalam penerbitan buletin yang akan datang.

 


21 September 2020, Isnin : YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB telah berbesar hati membuat lawatan ke kampus cawangan KPTM Bangi. Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke kampus cawangan KPTM.


Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA, YDh. Encik Mohd Hanafi bin Jalaluddin, Presiden Alumni KPTM Bangi yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang serta semua Ahli Pengurusan Tertinggi KPTMSB.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai salah satu sesi engagement dan perbincangan di antara Pengerusi KPTMSB dengan pihak pengurusan, staf dan juga bertemu dengan pelajar di cawangan kampus Bangi.
Seterusnya, dalam sesi engagement ini juga turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan oleh pelajar KPTM Bangi. Antaranya adalah persembahan Zapin oleh kumpulan Akar Seni dan nyanyian istimewa oleh Nik Ahmad Arsyad Fathi bin Nik Ahmad Jailani Fathi.


Selain itu, pelbagai sumbangan juga turut disampaikan dalam sesi engagement ini. Antaranya sumbangan yang disampaikan adalah Penyampaian Zakat Asnaf kepada Pelajar dan Kakitangan Kolej, kupon dan sumbangan kepada Jawatankuasa Foodbank KPTM Bangi dan sumbangan wakaf KPTM oleh kakitangan KPTM cawangan tersebut.

 

 

19 September 2020, Sabtu : Latihan Pembangunan dan Penggunaan Model “SWOT” dan “TOWS MATRIX” telah diadakan di Hotel Bangi Resort yang melibatkan 40 orang peserta dari Ibu Pejabat KPTM dan kampus cawangan seluruh Malaysia.

Jabatan Sumber Manusia KPTM Ibu Pejabat telah menjemput 2 staf dari KUPTM Kuala Lumpur iaitu Prof Madya Dr. Suhaily Binti Mohd Ramly, Pensyarah Kanan Pengurusan Perniagaan menjalankan tugas Dekan Fakulti Perniagaan, Perakaunan & Sains Sosial dan Prof Madya Dr. Dewi Izzwi Binti Abdul Manan, Ketua Pusat Pengurusan Penyelidikan sebagai penceramah untuk kursus tersebut. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM iaitu YBhg Encik Nordin Bin Ahmad.

 

 

17 September 2020, Khamis : Jabatan Sumber Manusia KPTM Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Stun Your Audience Realistically! (STAR) High Impact Business Presentation Skills untuk kumpulan pengurusan KPTM dan KUPTM Kuala Lumpur.

Penceramah adalah dari DTE Consult Sdn Bhd. Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Kanan JSM, Encik Mohd Sahidi Bin Yaakob dan kemudian dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM iaitu YBhg Encik Nordin Bin Ahmad. Seramai 40 orang peserta telah hadir ke kursus ini.

 

 

9 September 2020, Rabu : Lawatan MARA Corporation Sdn.Bhd. ke Kolej Poly-Tech MARA Sdn.Bhd. telah diadakan di Bilik Mesyuarat Rafflesia, KPTM Ibu Pejabat.


Lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Syed Muhammad bin Syed Abdul Kadir, Pengerusi MARA Corporation Sdn.Bhd, YBhg. Datuk Ahmad Badlisyah bin Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn. Bhd dan ahli pengurusan Tertinggi MARA Corporation Sdn.Bhd iaitu YBrs. Encik Noor Irwan bin Mirman, YBrs. Encik Iskandar bin Zainudin dan YBrs. Encik Rob Cayzer.


Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn.Bhd dan Ahli Pengurusan Tertinggi KPTMSB.
Sedikit ucapan oleh YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. dan taklimat telah disampaikan untuk memperkenalkan Kolej Poly-Tech MARA kepada MARA Corporation Sdn. Bhd dalam sesi lawatan ini.

 

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk@gapps.kptm.edu.my
FB : Kolej Poly-Tech MARA - KPTM

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : admission@kptm.edu.my

Hubungi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
E-mel : cio@kptm.edu.my

© Hak Cipta Terpelihara 2020 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis Privasi, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search