Print
PDF
17
Nov

Audit Pemantauan dan Naiktaraf ISO 9001:2015 di KPTM Bangi

Written by Communication Corporate Section on 17 November 2017.

BANGI, 16-17 November 2017 - Pada 16 dan 17 November 2017 telah berlangsung Audit Pemantauan dan Naikt Taraf ISO 9001:2015 di KPTM Bangi. Seramai tiga orang auditor daripada pihak SIRIM yang terlibat iaitu En. Muhammad Fadhlullah bin Rahmat (selaku Ketua Auditor), Puan Maznah binti Mat Isa dan Puan Fauziah binti Sulaiman. KPTM Bangi merupakan kolej yang kedua daripada 9 kolej KPTM di seluruh Malaysia melaksanakan Audit Pemantaun dan Naik Taraf ISO 9001:2015 ini dalam tahun 2017.

audit-bangi-1

Skop audit adalah meliputi proses Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran yang merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk semua program akademik sepenuh masa. Di antara proses yang terlibat dalam aktiviti audit kali ini adalah Pengajaran Dan Pembelajaran, Perolehan, Pengurusan Peperiksaan, Perpustakaan dan Sumber Manusia.

 

audit-bangi-2 audit-bangi-3


Aktiviti audit kali ini sedikit berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini kerana bagi standard ISO versi 2015 ini ia mengambilkira pengurusan risiko dalam setiap proses yang dijalankan dalam sesebuah organisasi. KPTM Bangi merupakan kampus kedua yang diaudit mengikut standard ISO 2015, selepas KPTM KESEDAR.

audit-bangi-4

Audit kali ini telah menunjukkan satu kejayaan yang besar di mana TIADA Ketidakakuran (NCR) diberikan kepada KPTM Bangi. Hasil dapatan audit  mendapati hanya sebanyak TUJUH (7) (mengikut klausa) Peluang Penambahbaikan (OFI) yang perlu dibuat oleh KPTM Bangi. Di antara peluang penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah di bawah klausa 7.2 Competence - perlu ada perancangan kepakaran untuk staf baharu bagi memastikan staf tersebut mencapai tahap kompetensi yang diperlukan untuk sesuatu proses. Selain itu, organisasi perlu membuat pemantauan terhadap kontraktor luar yang dilantik untuk akur dengan keperluan perundangan yang ditetapkan dalam perjanjian kontrak [klausa 8.4.2 (f)]. Analisa dan penilaian terhadap kepuasan pelanggan juga perlu ditambahbaik dengan menentukan "acceptance quality limit" bagi rating yang diberikan, serta aspek/domain kualiti yang ditetapkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan SPK di KPTM Bangi.

audit-bangi-5

Di samping itu, proses pengendalian urusan peperiksaan terutamanya yang melibatkan pergerakan kunci bilik kebal perlu ditambahbaik. Rubrik pemarkahan yang telah dibuat juga perlu didokumenkan secara jelas dan dilaksanakan secara konsisten bagi setiap kursus.

Secara keseluruhan, proses audit kali ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua warga KPTM Bangi. Selain itu, ianya juga memberikan input yang baik kepada organisasi dalam melakukan penambahbaikan secara berterusan terhadap sistem pengurusan kualiti.

audit-bangi-6

Disediakan oleh
Seksyen Jaminan Kualiti
KPTM Ibu Pejabat

Terbitan
Seksyen Komunikasi Korporat