Print
PDF
13
Nov

KPTM Santuni Pendidikan Tahfiz

Written by Communication Corporate Section on 13 November 2017.

kptm-santuni-pendidikan-tahfiz


13 Nov 2017 | Masjid Tanah, Melaka

KPTM berhasrat untuk melebarkan sayapnya dengan memberi fokus dalam pengajian tahfiz yang merupakan salah satu nilai tambah dalam program pengajian yang ditawarkan di kolej ini.

Bagi merealisasikan hasrat yang dizahirkan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi KPTM, satu lawatan kerja ke Sekolah Tahfiz IMTIAZ Melaka telah diadakan untuk memperkemas modul baru yang yang bakal ditawarkan kepada huffaz bagi melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi di KPTM.

Delegasi KPTM telah diketuai oleh En Mohamed Saifuddin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat sementara Sekolah Tahfiz IMTIAZ telah diwakili oleh Syeikh Idris Al-Misrafiy dan beberapa tenaga pengajar tahfiz.

Intipati pertemuan yang berlansung selama 2 jam ini menyaksikan perkongsian kepakaran dan idea bagi meningkatkan kebolehpasaran para huffaz dan memastikan pendidikan tahfiz ini kekal relevan dan menjamin masa depan.

#komunikasikorporatkptm
#kptmsehatisejiwa
#ebuletinkptm
#satukptm
#pengerusikptm

Foto : SyamsulFozy
Berita : Komunikasi Korporat Kptm