Print
PDF
07
Nov

Lawatan Sambil Belajar Sek Keb Buloh Poh, Ketereh Ke KPTM-KESEDAR

Written by Administrator on 07 November 2017.

lawatan-sambil-belajar-kptm-kesedar
6 - 7 Nov 2017
– Seramai 34 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Buloh Poh, Ketereh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KPTM-KESEDAR, Gua Musang.

Lawatan ini bertujuan menambahkan pengetahuan murid mengenai sistem dan kemudahan pembelajaran di kolej KPTM-KESEDAR. Mereka juga di libatkan dengan slot membina daya kepimpinan yang di selaras oleh Kelab Kaunseling KPTM-KESEDAR. Seterusnya mereka turut di bawa melawat Taman Herba Taman Etnobotani. Melalui aktivitI ini, mereka melihat sendiri jenis-jenis pokok herba dan di beri taklimat kaedah pengurusan tanaman pokok-pokok herba yang diuruskan oleh pihak KESEDAR. Lawatan ini memberi mereka info mengenai kepentingan menjaga dan mengusahakan tanaman herba yang mempunyai beribu khasiat semulajadi di samping mampu menjana sumber ekonomi kepada penduduk setempat. Mereka juga sempat beriadah di Taman Mini Air Etnobotani yang menjadi daya tarikan baru di sini.

Travelog perjalanan mereka yang menaiki kereta api bermula dari Stesen Wakaf Bharu menuju ke Stesen Gua Musang selama 6 jam menyimpulkan pelbagai kenangan terindah buat mereka dengan keindahan alam semulajadi di Taman Etnobotani dan Gua Musang. Jutaan terima kasih daripada kami kepada pihak sekolah yang memilih KPTM-KESEDAR sebagai lokasi lawatan ilmiah ini.

lawatan-sambil-belajar-kptm-kesedar1

lawatan-sambil-belajar-kptm-kesedar2

lawatan-sambil-belajar-kptm-kesedar3