Print
PDF
28
Oct

Tahniah penerima Anugerah Berlian pada Majlis Konvokesyen KUPTM Ke-2

Written by Seksyen Komunkasi Korporat on 28 October 2017.

atikah-webflag-konvo-kuptm

PICC, PUTRAJAYA
28 Oktober 2017


Tahniah kepada graduan jurusan Diploma in Accounting and Finance, Noor Atikah Binti Mat Nawi yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Berlian yang merupakan anugerah tertinggi pada Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur. Kejayaan tersebut adalah atas kecemerlangan beliau dalam pengajiannya.

Selama pengajiannya di KUPTMKL, beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai bidang yang dianjurkan oleh kolej dan beliau juga merupakan penerima anugerah dekan pada setiap semester dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.95.

Beliau juga merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan kini sedang melanjutkan pengajian Bachelor in Commerce (Accounting) di University of Queensland, Australia.

Anugerah dan skrol diploma telah dianugerahkan oleh tetamu kehormat, YB. Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Ke-2 kali ini menyaksikan seramai 1,057 orang graduan berjaya menamatkan pengajian dengan pelbagai kategori penganugerahan termasuk program diploma dan professional.

Tahniah!!!