Print
PDF
19
Sep

KPTM Disenarai Sebagai 10 Syarikat Terbaik Anugerah KKLW 2016 Kategori Modal Berbayar RM5 Juta Dan Ke Atas

Written by Communication Corporate Section on 19 September 2017.

anugerah kklw 2016-2

KPTM DISENARAI SEBAGAI 10 SYARIKAT TERBAIK ANUGERAH KKLW 2016 KATEGORI MODAL BERBAYAR RM5 JUTA DAN KE ATAS

KUALA LUMPUR, 18 September 2017

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah disenarai sebagai 10 Syarikat Terbaik Kategori Modal Berbayar RM5 Juta dan Ke Atas pada Majlis Anugerah KKLW 2016 yang telah berlangsung dengan gilang-gemilang semalam dan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Majlis yang berlangsung di Hotel Premiera itu diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat dan agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam kejayaan syarikat-syarikat ini dalam menunjukkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI meliputi 6 teras iaitu Kewangan (55%), Fizikal (25%), Tadbir Urus Korporat (10%), Obligasi Sosial (4%), Ketidakbergantungan kepada agensi (3%) dan Inovasi/Pengiktirafan (3%).

Tahniah kepada KPTM atas kejayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pencapaian markah KPI melebihi 70 peratus dan tidak rugi.

Sijil pengiktirafan telah diterima oleh Encik Nordin Bin Ahmad (Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM). Turut hadir daripada KPTM,Encik Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Encik Saifuddin Bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat dan Puan Azlina Binti Yusof Pengarah Kanan Jabatan Kewangan .

Tahniah kepada MARA Liner Sdn. Bhd. atas kejayaan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Syarikat Terbaik - Lonjakan Keuntungan dan CSR.

anugerah kklw 2016-1

anugerah kklw 2016-3