Cetak
PDF
16
Ogo

Program Tanggungjawab Sosial Korporat KPTM Sehati Sejiwa Santai Merdeka

Oleh Communication Corporate Section on 16 Ogos 2017.

There are no translations available.

csr-kuptm-aspreasi-tun-razak

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KPTM SEHATI SEJIWA SANTAI MERDEKA : APRESIASI TUN RAZAK BERSAMA KUPTM BAWA OKU DAN WARGA EMAS MENAIKI MRT RASAI PEMBANGUNAN NEGARA

CHERAS, KAJANG
16 Ogos 2017


Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) hari ini menganjurkan PROGRAM SANTAI MERDEKA KPTM SEHATI SEJIWA: APRESIASI TUN RAZAK BERSAMA KUPTM BAWA OKU DAN WARGA EMAS MENAIKI MRT RASAI PEMBANGUNAN NEGARA bagi menghargai jasa Bapa Pembangunan Negara, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein.

Program ini merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat KPTM yang melibatkan 40 orang pelajar KUPTM dan 20 Orang Kurang Upaya (OKU) dari Taman Sinar Harapan serta 10 orang warga emas daripada Rumah Taman Seri Kenangan yang akan menaiki tren MRT bermula dari Stesen Bandar Tun Hussein Onn hingga ke Stesen Tun Razak Exchange.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mendekati serta menghargai golongan OKU dan warga emas agar mereka tidak merasa tersisih dalam kepesatan arus pembangunan Negara disamping mengeratkan hubungan siratulrahim antara penghuni Taman sinar Harapan dan Taman Seri Kenangan. Pada masa sama dapat menekankan semangat cintakan negara terhadap orang yang kurang berupaya untuk bersama-sama merasai serta mengambil peluang dalam menyambut kemerdekaan.

Pembangunan pesat terutamanya di Lembah Klang pada hari ini adalah hasil sumbangan dan usaha gigih pemimpin terdahulu bermula dari Legasi Tun Abdul Razak hingga ke Era Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Program ini disertai oleh Pengerusi KPTM, YB. Haji Ahmad Nazlan Bin Idris, Pengarah Pendidikan Tinggi MARA, Tn Haji Abd. Hamid Bin Haji Ahmad, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, Encik Nordin Bin Ahmad, Timbalan Presiden Akademik, Encik Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, pengurusan tertinggi KPTM dan KUPTMKL serta kakitangan yang terlibat.