Cetak
PDF
26
Jul

Program CSR Ekspresi Negaraku Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan 2017

Oleh Corporate Communication Section on 26 Julai 2017.

There are no translations available.

csr-penyerahan-komputer

PROGRAM CSR EKSPRESI NEGARAKU SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017 – PENYERAHAN KOMPUTER KEPADA MAKMAL KOMPUTER RUMAH PERLINDUNGAN OKU TAMAN SINAR HARAPAN CHERAS

KAJANG, SELANGOR

26 JULAI 2017

KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hari ini menyerahkan bantuan pembelajaran kepada Rumah Perlindungan Orang Kelainan Upaya (OKU) Taman Sinar Harapan Cheras iaitu bantuan berbentuk komputer untuk penggunaan penghuni di makmal komputer sedia ada. Pada masa sama, KPTM akan menjadikan makmal komputer di Taman Sinar Harapan sebagai makmal angkat dan membekalkan pensyarah KPTM sebagai tenaga pengajar. Makmal komputer tersebut diberi nama CELIK IT @LAB KPTM.

Penyerahan komputer diserahkan oleh Pengerusi KPTM, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan Bin Idris pada Majlis Perasmian PROGRAM CSR EKSPRESI NEGARAKU SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat dan kerjasama agensi dibawah MARA.

Menurut YB Dato' Haji Ahmad Nazlan, semoga dengan pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu penghuni disini untuk lebih celik dalam teknologi maklumat yang kini dihujung jari dan memberi manfaat yang sebaiknya.

Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, En Nordin Bin Ahmad, Pengetua Taman Sinar Harapan Cheras, Encik Zulkipli Bin Hashim, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Mohd Hamizan Bin Nasir, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Puan Siti Fatimah Binti Ismail dan Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Tuan Haji Soffian Bin Mustafa.