Print
PDF
16
May

Warta MARA - 16 Mei 2017 - Para Pendidik Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Diraikan

Written by Webmaster on 16 May 2017.

para_pendidik_institusi_pendidikan_mara_ipma_diraikan_2017_kptm

Menteri Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Dato” Sri Ismail Sabri Bin Yaakob beramah mesra penerima Anugerah Pendidik MARA 2017


Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Kuala Lumpur, 16 Mei – Seramai 800 orang pendidik MARA yang terdiri dalam kalangan tenaga pengajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang merangkumi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), GIATMARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), German Malaysian Institute (GMI), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Pendidik di Premeira Hotel hari ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada para pendidik MARA yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang idea dan tenaga dalam pembangunan modal insan dalam Sektor Pendidikan MARA di samping bagi meningkatkan motivasi pendidik MARA agar terus menyumbang perkhidmatan yang terbaik.

“Bagi mengekalkan kemampanan (sustainability) sistem pendidikan MARA ke tahap yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan global, banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh MARA antaranya ialah meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi pendidik melalui kursus dan latihan yang dilaksanakan dari masa ke masa sama ada di dalam mahupun di luar negara.” katanya.

Ismail menambah, daripada 11,035 pendidik MARA, seramai 399 orang pendidik IPMa telah berjaya memperolehi kelulusan di peringkat PhD dan 2,366 orang di peringkat sarjana. Usaha penambahan bilangan ini diteruskan dengan 346 orang pendidik IPMa sedang mengikuti program PhD, 769 orang pendidik di peringkat sarjana dan terkini MARA telah meluluskan seramai 21 orang pendidik dari IKM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif di UniKL.

para_pendidik_institusi_pendidikan_mara_ipma_diraikan_2017_kptm_mara

“Baru-baru ini juga, MARA telah menandatangani MoU dengan Association of Chartered Certified Accountant (ACCA) dan sebagai permulaan kerjasama ini, MARA akan menaja seramai 15 orang pensyarah dari KPM dan KUPTM untuk mengikuti persijilan profesional ACCA” tambahnya.

Ismail berkata, MARA telah menyediakan satu ekosistem pendidikan yang terbaik di negara ini meliputi pelbagai peringkat pendidikan bermula daripada pendidikan pra-sekolah iaitu Tadika MARA, MRSM bagi pendidikan menengah, bidang TVET yang terdiri daripada GIATMARA, IKM, KKTM, MJII, GMI dan UniKL yang menawarkan program di peringkat sijil sehingga ijazah, selain menyediakan laluan akademik melalui institusi pendidikan seperti Kolej MARA (KM), KPM, KPTM, KUPTM, dan UniMARA.

“Pada malam ini seramai 25 pendidik MARA menerima anugerah di atas kecemerlangan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa, mereka terdiri tenaga pengajar daripada pelbagai IPMa dan merangkumi pelbagai bidang pengajian samada pendidikan awal kanak-kanak, menengah, TVET dan akademik,” katanya.

Ismail turut menyampaikan anugerah khas Tokoh Pendidik MARA 2017 kepada Ybhg. Dato’ Abd Rahim Bin Dato’ Hashim, yang merupakan penggerak utama dalam memperkenalkan program-program pada peringkat diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dengan penerokaan ke dalam bidang teknologi baharu (new emerging technology).

Sumber: https://ewarta.mara.gov.my/2017/05/16/para-pendidik-institusi-pendidikan-mara-ipma-diraikan/