Cetak
PDF
09
Mei

KPTM Sumbang Kepada Program Amal Kasih Ramadhan Anjuran RTM

Oleh Corporate Communication Section on 09 Mei 2017.

IBU PEJABAT KPTM, 9 Mei 2017 - Pagi tadi KPTM berkesempatan menyerahkan replika cek sumbangan untuk Program Amal Kasih Ramadhan - RTM Bersama Masyarakat Orang Asli (Muallaf) yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, Encik Nik Zamzuri bin Wan Ahmad mewakili KPTM kepada wakil daripada RTM Encik Rahmat.

program_amal_orang_asli_rtm_kptm_ramadhan_2017

KPTM menyatakan sokongan kepada penganjuran program amal sebegini dengan pemberian sumbangan wang tunai kepada Kelab Sukan & Rekreasi RTM Angkasapuri Jabatan Penyiaran Malaysia.

Semoga program yang dirancang akan berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh Seksyen Komunikasi Korporat

Dikemaskini oleh Jabatan Teknologi Maklumat