Cetak
PDF
26
Mac

KPTM Meriahkan Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri di Melaka

Oleh Corporate Communication Section on 26 Mac 2017.

Ayer Keroh, 26 Mac 2017 – Lebih 1500 orang membanjiri perkarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh Melaka sempena Hari Terbuka KDN yang diadakan selama 2 hari bermula 25 Mac 2017.

hari_terbuka_kdn_kptm_mac_2017

Pameran berkonsepkan #KDNbersamaANDA membabitkan semua jabatan /agensi di bawah KDN ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej Kerajaan berhubung dengan isu keselamatan dan memenangi hari rakyat untuk bersama KDN mengatasi ancaman keselamatan Negara.

Selain itu, pameran yang diadakan dapat memberi gambaran jelas peranan, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan / agensi KDN kepada orang ramai. Antara agensi terlibat termasuklah PDRM, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imegresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

hari_terbuka_kdn_kptm_2017

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melalui kerjasama dengan Filem SINDIKET yang mengketengahkan aktiviti-aktiviti pemerdagangan manusia turut berpeluang mengadakan pameran pendidikan dan mempromosikan program-program pengajian di KPTM bersama-sama team filem SINDIKET yang turut membuat jualan tiket filem ini yang bakal ditayangkan pada 6 April ini.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Turut hadir Y.A.B. Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka, Y.B. Datuk Wira Hj. Othman Muhammad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Y.B. Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.D.H Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

hari_terbuka_kdn_kptm

Disediakan oleh Seksyen Komunikasi Korporat