Diploma in Computer Science - KPTM Alor Setar

Diploma Sains Komputer menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang asas pengkomputeran, pengaturcaraan, pangkalan data, pemasangan, pentadbiran dan keselamatan sistem rangkaian, reka bentuk laman web, pembangunan sistem serta perancangan dan pengurusan teknologi.

Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran dalam SQL, Scripting Language (JavaScript, HTML, Python), kaedah penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, keselamatan
komputer serta bekerja dalam kumpulan.

Program ini dibangunkan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran yang luas kepada pelajar dalam bidang perkakasan, rangkaian, sistem operasi dan aplikasi komputer. Kursus ini akan menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan rangkaian serta pengurusan sistem maklumat dalam organisasi.
Program :
Diploma in Computer Science

Tempoh Pengajian :
2 tahun 4 bulan

Kampus :
KPTM Alor Setar

Kod Program :
CC104

Yuran Program :
RM 22,575

Medium Perantaraan :
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Rujukan :
R2/481/4/0546 (04/2025) A11195

Syarat Kelayakan Minimum :

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

ATAU

Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; dan kepujian Matematik di peringkat SPM atau yang setara;

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred maqbul; dan kepujian Matematik di peringkat SPM atau yang setara;

ATAU

Memiliki SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau yang setara;

ATAU

Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM;

ATAU

UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

ATAU

O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam TIGA (3) mata pelajaran termasuk Matematik;

ATAU

Lulus kelayakan lain yang setara dengan sijil (Tahap 3, MQF) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM;

ATAU

Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

Nota:

  • Calon yang tidak mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
  • Calon yang lulus dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM tanpa apa-apa sijil berkaitan boleh diterima masuk dan perlu mengambil kursus pengukuhan Matematik pada semester pertama.
  • Calon yang mempunyai kepujian dalam bidang komputeran pada peringkat SPM atau setara dengannya akan diberi keutamaan.
SEMESTER1 TAHUN 1 :

FUNDAMENTALS OF PROGRAMMING
COMPUTER ORGANISATION AND ARCHITECTURE
INTRODUCTION TO INFORMATION TECHNOLOGY
ENGLISH SKILLS 1
DATA COMMUNICATION CONCEPT
INTRODUCTION TO NETWORKS

SEMESTER 2 TAHUN 1 :

OPERATING SYSTEMS
ENGLISH SKILLS 2
COMPUTING MATHEMATICS
DATABASE CONCEPTS
SYSTEM ADMINISTRATION 1
ROUTING AND SWITCHING ESSENTIALS

SEMESTER 3 TAHUN 1 :

PROGRAMMING IN PYTHON
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1
BAHASA KEBANGSAAN A
STUDY SKILLS
PUBLIC COMMUNICATION SKILLS

SEMESTER 1 TAHUN 2 :

OBJECT ORIENTED SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN
SYSTEM ADMINISTRATION 2
SCALING NETWORKS
OBJECT ORIENTED PROGRAMMING
DIGITAL ENTREPRENEURSHIP
MOBILE APPS DEVELOPMENT
WEB PROGRAMMING AND APPLICATION

SEMESTER 2 TAHUN 2 : :

KHIDMAT MASYARAKAT 1
PENGURUSAN MASJID
SPORTS EVENT MANAGEMENT 1
WIRELESS NETWORK
INTRODUCTION TO MULTIMEDIA
CONNECTING NETWORKS
CYBERSECURITY ESSENTIALS
IT PROJECT
CALCULUS AND ALGEBRA

SEMESTER 3 TAHUN 2 :

PENGAJIAN ISLAM
PEMBANGUNAN PEMUDA
INTRODUCTION TO STATISTIC AND DATA ANALYSIS
INTRODUCTION TO MANDARIN
BAHASA ARAB ASAS

SEMESTER 1 TAHUN 3 :


INDUSTRIAL TRAINING
Graduan lepasan program ini boleh menceburi bidang kerjaya berikut:
  • Pentadbir Sistem
  • IT Support
  • Pengaturcara Aplikasi
  • Pentadbir Sistem Rangkaian
  • Keselamatan Maklumat
  • Jurutera Rangkaian
  • Juruteknik Komputer

Ibu Pejabat
Kolej Poly-Tech MARA 

Tingkat 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Faks : 03-9281 7491 
E-mel : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Hotline Kemasukan
Tel : 03 9179 5637/39
Faks : 03 9179 5677/98
E-mel : marketing [at] kptm.edu.my

LOKASI IBU PEJABAT KPTM

Waze   Google Maps 
© Hak Cipta Terpelihara 2024 Kolej Poly-Tech MARA.
Notis PDPA, Penafian, Polisi Privasi, Polisi Keselamatan dan Hakcipta
Diselenggara oleh webmaster@kptm.edu.my

Search