20 April 2019 | Kuala Lumpur | Program Selangkah Ke Universiti

Program Selangkah Ke Universiti  

20 April 2019 | Kuala Lumpur  - Program Selangkah Ke Universiti anjuran Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu,Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Kolej Poly-Tech MARA telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) sebentar tadi.

Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk memilih hala tuju selepas SPM baru-baru ini. Program ini juga telah dihadiri oleh 10 buah sekolah sekitar Wilayah Bangsar dan Pudu, Selain KUPTM, KPTM Kuantan, KPTM Bangi, UniKL dan GMI turut mengadakan gerai pameran bagi mempromosi program-program yang ditawarkan di institusi masing-masing.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Hafizan Yusof, Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Perancangan Korporat KUPTM kepada pelajar sekolah berkenaan program yang ada di seluruh KPTM dan KUPTM.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En.Muslim bin Mustafa, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu.

Hadir sama ke program ini adalah En. Muhammad Noornaimy Bin Ahmad Naim, Pengawai Eksekutif YPM. En. Zulkifli bin Hj. Zakaria,Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MARA Wilayah Persekutuan, Pn. Hjh Che Embun Binti Bakar, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Masyarakat YPM serta Pn. Noor Azhani Binti Yaacob Pengarah,Jabatan Perancangan Korporat KUPTM.

Kolej Poly-Tech MARA
Headquarters
Level 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Fax : 03-9281 7491 
E-mail : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Admission Hotline
Tel : 03 9179 5637/39
Fax : 03 9179 5677/98
E-mail : marketing [at] kptm.edu.my

KPTM Head Quarters Location 

Waze   Google Maps 
© Kolej Poly-Tech MARA All rights reserved 2024.
PDPA Notice, Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright
Maintained by webmaster@kptm.edu.my

Search