6 April 2019 | Puncak Alam | KPTM Bangi Ungguli Pertandingan E-Sport Di Pertandingan X-Pac KEK 2019 (Zon Tengah)


KPTM Bangi Ungguli Pertandingan E-Sport Di Pertandingan X-Pac KEK 2019 (Zon Tengah)

 

6 April 2019 | Puncak Alam - KPTM Xecutive menggegar lagi apabila mencatat nama sebagai jaguh E-Sport setelah menjuarai Pertandingan X-Pac KEK Zon Tengah yang berlangsung dari 5 – 6 April 2019 di UiTM Puncak Alam, Selangor.

KPTM Xecutive yang mewakili KPTM Bangi berjaya mencatat sejarah apabila pertama kali menjuarai kategori ‘Mobile Legend’ dengan menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kiraan mata 2 - 0.

Pertandingan ini disertai oleh 16 pasukan terbaik dari IPTA dan IPTS dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dengan kejayaan ini KPTM Xecutive telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 6000.00

Penasihat pasukan KPTM Bangi, Puan Nurhartini Abdul Rahman amat berbangga dan berharap agar pasukannya akan dapat berentap di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 26 – 27 April 2019 di Sunway Pyramid.

Ketua pasukan, Saudara Tengku Saifudeen bin Tengku Norashraf memberitahu bahawa pasukan ini telah mengatur perancangan dan akan terus menyertai pelbagai peringkat pertandingan sebagai persediaan menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan dan seterusnya menyasarkan tempat terbaik dalam kejohanan tersebut.

Pihak pengurusan KPTM Bangi mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang mewakili KPTM Xecutive dalam kejohanan ini termasuklah pegawai penasihat yang berjaya mengharumkan nama KPTM Bangi.

Pertandingan X-PAC KEK ini berlangsung di seluruh negara bagi mencungkil bakat baru ‘E-Sport’ dikalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Kesemua pemenang di peringkat zon akan berentap di pusingan akhir yang akan mengumpulkan semua zon dan pastinya akan menyaksikan pertandingan yang lebih hebat.

Sumber berita & Foto :
En. Annis Bin Ab Jalil
Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar (Ko-Kurikulum)
KPTM Bangi.

Kolej Poly-Tech MARA
Headquarters
Level 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Fax : 03-9281 7491 
E-mail : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Admission Hotline
Tel : 03 9179 5637/39
Fax : 03 9179 5677/98
E-mail : marketing [at] kptm.edu.my

KPTM Head Quarters Location 

Waze   Google Maps 
© Kolej Poly-Tech MARA All rights reserved 2024.
PDPA Notice, Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright
Maintained by webmaster@kptm.edu.my

Search