Cetak
PDF
08
Dis

STATUS EMAS RAKAN KONGSI PEMBELAJARAN ACCA - KPTM

Oleh Administrator on 08 Disember 2014.

STATUS EMAS RAKAN KONGSI PEMBELAJARAN ACCA - KPTM

Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA)

ACCA adalah sebuah badan global untuk akauntan profesional. Kelayakan ACCA diperakui dan disokong oleh majikan utama di seluruh dunia.

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sebagai sebuah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera telah dipilih oleh Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) untuk menerima Status Emas.

Sila klik gambar untuk maklumat lanjut mengenai program:
brochure-acca 

Rakan Kongsi Pembelajaran (ALP) ACCA

Program Rakan Kongsi Pembelajaran (ALP) ACCA memberikan pengiktirafan secara formal kepada penyedia perkhidmatan pembelajaran terkemuka atas kualiti pengajaran dan sokongan yang diberikan kepada pelajar. Melalui platform seperti ini, ACCA boleh membina hubungan yang bermanfaat antara kedua-dua pihak, meningkatkan tahap ketersediaan ACCA dalam memberikan kursus yang efektif dan inovatif pada peringkat global dan memberikan sokongan kelas pertama kepada pelajar.

EMAS

Perakuan status Emas memerlukan pihak penyedia perkhidmatan pembelajaran untuk memenuhi sasaran prestasi merangkumi pengurusan institusi secara keseluruhan dan lebih spesifik, pengurusan dan penyampaian kursus ACCA.

FAEDAH MEMILIH UNTUK BELAJAR DENGAN RAKAN KONGSI PEMBELAJARAN YANG DIPERAKUI

Program ini mempunyai tiga faedah utama kepada pelajar:

Jaminan kualiti amalan terbaik: Untuk layak menjadi sebuah ALP, penyedia pembelajaran akan dinilai berdasarkan penanda aras ACCA yang diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Ini bagi memastikan pelajar mendapat jaminan kualiti bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh ACCA beserta khidmat sokongan kepada pelajar.

Penambahbaikan dalam kualiti pembelajaran dan prestasi pelajar: Pihak pembekal perkhidmatan pembelajaran akan mempunyai akses ke atas pelbagai peluang pembangunan dan alatan yang dibekalkan oleh ACCA bagi membantu perkembangan berterusan kualiti pembelajaran dan prestasi pelajar.

Menyiasat aduan pelajar terhadap pembekal pembelajaran / tuisyen: ACCA akan menyiasat apa-apa aduan yang dibuat ke atas ALP. Jika seseorang pelajar merasa tidak berpuas hati dengan cara ALP mengendalikan aduan yang dibuat, ACCA boleh campur tangan dan meminta laporan dari institusi tentang bagaimana aduan tersebut diselesaikan mengikut prosedur aduan mereka.