Print
PDF
27
Mar

Syarat Pinjaman PTPTN

Written by Salyza Zainora on 27 March 2013.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
Program Pendidikan Kolej Poly - Tech MARA


Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat‐syarat berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang‐kurangnya 3 kepujian dalam mana‐mana mata pelajaran;
  4. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas;
  5. Bagi pelajar‐pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS) / Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar‐pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
  8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
  9. Tidak mempunyai penaja lain;
  10. * Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN adalah diwajibkan untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum RM 20.00


PERMOHONAN PINJAMAN SECARA ONLINE (e‐Pinjaman)

  • Pemohon yang telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke KPTM serta layak memohon mengikut syarat‐syarat yang dinyatakan, adalah dikehendaki membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN secara Online dengan cara membeli nombor pin di BSN dan melayar laman web berikut:


http://ptptn.gov.my/

  • Pemohon hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Garis Panduan Permohonan dalam laman web berkenaan sebelum membuat permohonan Pinjaman secara online (e‐Pinjaman).
  • Setelah berjaya membuat permohonan secara online, pemohon MESTI mencetak borang permohonan tersebut dan perlu diserahkan kepada pegawai unit tajaan dalam tempoh seminggu selepas daripada orientasi pelajar.

KPTM @ MEDIA

en-azis.jpg prof.jpg tv1-kptm.jpg tv3-ipt.jpg tv13-konvo.jpg tv3-mhi.jpg