Cetak
PDF
18
Dis

KPTM Jalin Kolaborasi Dengan KYS International College dan Tiga Universiti dari New Zealand

Oleh Salyza Zainora on 18 Disember 2012.

There are no translations available.

PUTRAJAYA, 12 Disember 2012 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah menjalinkan hubungan kerjasama pendidikan tinggi dengan Menandatangani Perjanjian Kolaborasi dengan KYS International College dan tiga Univerisiti dari New Zealand iaitu Victoria University of Wellington, The University of Auckland dan The University of Canterbury.

Perjanjian kolaborasi ini adalah bertujuan bagi melahirkan lebih ramai Akauntan Bertauliah terdiri daripada kalangan kaum Bumiputera bagi memenuhi keperluan Negara ke arah mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

Melalui kerjasama ini juga, ia dapat memberi peluang pendidikan yang lebih luas kepada pelajar selari dengan agenda pembangunan modal insan Negara dan Road Map Pendidikan MARA.

Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan matlamat kerajaan yang memerlukan seramai 65,000 akauntan bertauliah menjelang 2020. Ini kerana mengikut statistic pada 2011, terdapat seramai 31,971 akauntan bertauliah tetapi daripada jumlah itu, hanya 8,350 orang (26.12 peratus) bumiputera manakala Kaum Cina 22,070 orang dan bakinya kaum India

Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi ini telah disaksikan oleh YB, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Timbalan Menteri I dan II KKLW, YB Dato’ Hasan Bin Malek dan YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Ibrahim Muhammad dan Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan.

Menerusi perjanjian ini, bidang, tempoh dan laluan pengajian adalah berdasarkan Foundation dan Bachelor of Commerce in Accounting. Program ini akan dijalankan selama tempoh 4 tahun iaitu 2 tahun di Malaysia dan 2 tahun di New Zealand dan seterusnya para graduan program ini akan bekerja selama 3 tahun di New Zealand atau dalam Negara bagi membolehkan mereka ditauliahkan Akauntan Bertauliah (NZCA).

Program ini akan ditaja sepenuhnya oleh MARA yang mana untuk permulaan seramai 200 orang pelajar cemerlang lepasan SPM dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk tempoh setahun untuk mengikuti program ini dibawah pembiayaan tajaan pendidikan dibawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) MARA tertakluk kepada prosedur dan syarat-syarat pembiayaan yang ditetapkan oleh MARA.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Timbalan Presiden Akademik, En Ismail bin Junuh dengan Pengerusi KYS International College, Tan Sri Halim Saad.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat