Print
PDF
17
Oct

3,730 Orang Graduan KPTM Terima Diploma dan Ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-29

Written by Unit Komunikasi Korporat on 17 October 2012.

PUTRAJAYA, 13 Oktober 2012 - Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kali ini menyaksikan seramai 3,730 orang graduan menerima Ijazah, Diploma dan Sijil Profesional masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan dalam bidang masing-masing.

Daripada jumlah 3,730 orang graduan, seramai 880 graduan bergraduat pada Sidang 1 (13 Oktober 2012), 800 graduan pada Sidang 2 (13 Oktober 2012), 1,053 graduan pada Sidang 3 (14 Oktober 2012), dan 983 graduan pada Sidang 4 (14 Oktober 2012).

Sempena Konvokesyen kali ini, dari jumlah tersebut 107 orang graduan telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi empat kategori iaitu 2 orang penerima Anugerah Pingat Emas, 22 orang penerima Anugerah Pingat Perak, 77 orang penerima Anugerah Khas Presiden, 6 orang penerima Hadiah Khas Ko-Kurikulum.

Pada majlis tersebut telah menyaksikan dua orang graduan KPTM telah menerima Anugerah Emas. Anugerah Pingat Emas adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian terbaik akademik serta aktif dalam bidang ko-kurikulum dan hendaklah dari kumpulan penerima Anugerah Perak dalam majlis graduasi yang sama.

Graduan tersebut adalah Puvendren a/l Subramaniam, penuntut kursus Bachelor (Hons) In Business Information Technology With International Business In Collaboration with Coventry University, United Kingdom. Graduan jurusan diploma pula ialah Abdul Hashim Asya’rie Bin Abdul Halid, penuntut Diploma In Computer Science. Atas kecemerlangan Abdul Hashim, beliau telah berjaya melanjutkan pengajian ke University of Brunel, United Kingdom dalam jurusan Bachelor of Software Engineering.

Majlis diadakan empat sidang dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’ Haji Hasan bin Malek (pada Sidang 1, 13 Oktober 2012) mewakili Menteri KKLW, Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Pengerusi MARA, YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh (pada Sidang 2, 13 Oktober 2012), Timbalan Menteri KKLW, Dato’ Haji Hasan bin Malek (pada Sidang 3, 14 Oktober 2012), dan YBhg Tn Hj Abd Rahim Bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarh Pendidikan MARA, mewakili Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim bin Ahmad (pada Sidang 4, 14 Oktober 2012). - UKK

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat