Print
PDF
09
Aug

KPTM tandatangan Mou Bersama Skali Community Engagement Sdn Bhd (SCALE) Dan Institute Of Marketing Malaysia (IMM)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2012 – Bagi meningkatkan lagi jalinan hubungan kolaborasi dengan industri luar, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) menerusi Unit Kolaborasi Industri telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Skali Community Engagement Sdn Bhd (SCALE) dan Institute of Marketing (IMM).

Persefahaman bersama SKALI Group adalah berkenaan kebolehpasaran graduan melalui kursus-kursus di SKALI dalam pembangunan modal insan dan pembangunan teknologi usahawan graduan. Kerjasama dengan IMM pula bagi meluaskan jaringan industri melalui pelan tindakan yang lebih teratur dan sistematik dalam industri pendidikan.


Perjanjian persefahaman ini adalah sebagai janji dan kebertanggungjawaban KPTM kepada ibu bapa pelajar bagi memastikan anak-anak mereka bergraduat tepat pada masanya dan memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Ia sebagai manifestasi kepada usaha KPTM untuk melebarkan lagi jaringan kerjasama industri yang merupakan critical success factor (CSF) sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kualiti kebolehpasaran graduan KPTM.

Melalui kerjasama KPTM dengan SKALI dan IMM, KPTM yakin akan lebih berkeupayaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Kursus Jangka Pendek, Latihan Industri Pelajar, Program Sangkutan Pensyarah (Sabbatical) dan On the Job Training sebagai nilai tambah kepada Proses Pengajarandan Pembelajaran yang sediaada di dalam bilik kuliah.

MOU diantara KPTM dengan SCALE iaitu salah sebuah anak syarikat dalam SKALI Group dimana memfokuskan kepada perniagaan terhadap pembangunan modal insan yang merangkumi pembangunan teknologi kepada usahawan-usahwan dengan mengadakan pusat incubator dan pendidikan untuk peringkat awal kepada bakal-bakal usahawan dan memulakan ICT di Malaysia.

Menerusi MOU bersama IMM, ia merupakan peluang baik kepada KPTM untuk menggunakan kepakaran IMM untuk meningkatkan CA (Competitive Advantage) KPTM untuk mengatasi pesaing lain dalam pasaran dan industri pendidikan. Ini termasuklah dari segi pengambilan pelajar, mengurangkan turn-over staf, dan kajian persepsi di kalangan ibu bapa dan pelajar.

Disamping itu, ia juga dapat membantu meningkatkan usaha penjenamaan yang berterusan dan mengenalpasti pasaran dari segi penggubalan kurikulum dan keperluan pasaran pekerjaan melalui kajian pengesanan pelajar (tracer study).

Dengan kerjasama dan persefahaman yang tercapai diantara KPTM bersama SKALI dan IMM pada hari ini akan mencetuskan satu perubahan yang akan membawa KPTM lebih berkeupayaan untuk mempersiapkan pelajar memasuki pasaran kerja dengan lebih yakin.

MOU ini telah ditandatangi oleh Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff bin Harun bersama Ketua Pegawai Eksekutif SKALI Group, Yang Mulia Tengku Farith bin Rithaudeen dan Presiden Institute Marketing Malaysia (IMM), Dato’ Sharifah Bt Mohd Ismail.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646