Print
PDF
26
Jul

KKSK Anjur Pertandingan Boling : Eratkan hubungan dikalangan warga kerja KPTM KL

SERI KEMBANGAN, 19 Mei 2012 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu pertandingan boling antara jabatan yang dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK ).

Pertandingan yang diadakan di Pusat Boling Play@Zone pusat membeli-belah The Mines ini melibatkan 20 kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran juara dengan setiap kumpulan adalah terdiri dari 5 orang ahli mengikut jabatan. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Yusoff bin Harun, Presiden KPTM.


Selain itu ahli-ahli pengurusan tertinggi juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Program ini juga dilihat sebagai persediaan awal dalam mencungkil bakat-bakat sediaada dikalangan kakitangan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar ataupun lain-lain institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.

Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, johan bagi pertandingan ini telah diungguli oleh pasukan Pentadbiran Ibu Pejabat, manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan KKSK dan seterusnya tempat ketiga menjadi milik pasukan Jabatan Sains Komputer. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr Wan Sabri bin Wan Hussin, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646