Print
PDF
23
Jul

KPTM Bangi Tuan Rumah Program KPTM Prihatin ”SYOKNYA BELAJAR” 400 Pelajar Sekolah

BANGI, 19 Julai 2012 - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah mengadakan Program KPTM Prihatin ”Syoknya Belajar” kepada 410 orang pelajar UPSR Sekolah Kebangsaan Kg Melayu Subang pada 19 Julai 2012 (Khamis) dan diiringi oleh 30 orang guru pengiring dan pemimpin masyarakat Kampung Melayu Subang.

Ia merupakan program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) KPTM yang dinamakan KPTM Prihatin ”Syoknya Belajar” kepada masyarakat dalam bentuk pengisian motivasi.


Ia adalah rentetan daripada permohonan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kampung Melayu Subang, Hj Mohamad Isa bin Mohd Sahat untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar Pelajar-Pelajar Sekolah Kebangsaan Subang ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Ia sekaligus sebagai peluang kepada KPTM Bangi untuk memperkenalkan kampus mereka dan menjalin hubungan baik dengan guru dan pemimpin masyarakat.

Pada program ini, KPTM mengadakan sesi motivasi dan taklimat kepada pelajar-pelajar berkenaan dan memperkenalkan kepada mereka tentang Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan sistem pembelajaran di IPT bagi menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar ini untuk lebih rajin belajar.

Ia sekaligus dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar ini ke arah peningkatan dan perubahan sikap dan membuka minda bagi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak.

Satu sesi taklimat dan motivasi yang bertajuk ”Syoknya Belajar” telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Dr Wan Sabri bin Wan Hussin. Pada sesi ini, Dr Wan menyelami pelajar-pelajar cilik ini dengan membuka minda mereka tentang seronoknya belajar dan mencapai kejayaan.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Pengerusi KPTM, Dato’ Sohaimi Shahadan. Dato’ Sohaimi Shahadan menyokong program seumpama ini kerana secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peluang pengajian yang ditawarkan oleh KPTM di samping memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar ini untuk meninjau suasana dan keadaan pembelajaran di KPTM.

Pada majlis tersebut, KPTM turut melancarkan kibaran jalur gemilang bagi menyuntik semangat pelajar menyambut bulan kemerdekan.

Turut hadir pada program ini adalah Pengarah KPTM Bangi, En Abd Azmi Bin Abd Aziz, Pengerusi JKKKP, Hj Mohamad Isa bin Mohd Sahat, Guru Besar SK Kg Melayu Subang, Pn Hajah Hashimah Bt Bohari, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), En Nasharuddin Bin Mohamad Noor dan Guru Penolong Kanan SK Kg Melayu Subang, Puan Dahlia Bt Tuaman.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646