Print
PDF
29
May

KPTM Terima Kunjungan Delegasi Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2012 - Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah menerima kunjungan dari Delegasi Arab Saudi yang terdiri daripada 20 orang pegawai-pegawai kanan dari Technical and Vocational Training Corporation (TVTC).

Kehadiran delegasi tersebut bagi berkongsi pengalaman bersama KPTM berkenaan sistem pengurusan berkualiti KPTM dan kejayaan KPTM menerima pengiktirafan ISO dalam jangka masa pendek serta kejayaan-kejayaan yang diterima oleh KPTM.

Program ini adalah anjuran Open University Malaysia (OUM) menerusi program “Assessment Standards and Quality for Private Training Institutions” bagi menjadikan Malaysia sebagai contoh pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia.

Pada sesi lawatan tersebut, delegasi turut di bawa melawat sekitar ibu pejabat KPTM dan kampus cawangan Kuala Lumpur bagi melihat kemudahan infrastruktur di KPTM.

Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun menyambut baik aktiviti kunjungan delegasi daripada antarabangsa seperti ini kerana secara tidak langsung dapat memberi publisiti dan promosi kepada orang luar berkenaan KPTM.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646