Print
PDF
14
Jun

KPTM Menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama (MOA) Dengan Kirkby International College Dan Kumpulan Sutra Utama Sdn Bhd.

KPTM MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN USAHASAMA(MOA) DENGAN KIRKBY INTERNATIONAL COLLEGE DAN KUMPULAN SUTRA UTAMA SDN BHD.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2012
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah meningkatkan lagi taraf pendidikan jarak jauh menerusi Pusat Pendidikan Berterusan (PPB) dengan hubungan kerjasama pendidikan bersama Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan industri terkenal pelancongan dengan Menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama (MOA) Pintar dengan rakan kolaborasi iaitu Kirkby International College dalam Program Pensiswazahan Guru dan Kumpulan Sutra Utama Sdn Bhd dalam bidang pelancongan.

MOA ditandatangani oleh Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Harun dengan Presiden Kirkby International College, Puan Bismillah Khatoon Abdul Kader dan Ketua Pegawai Eksekutif Sutra Utama Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Syed Mohd Razif Al-Yahya.

Kerjasama yang terjalin antara KPTM dan rakan usahasama pintar ini dilihat sebagai satu usaha yang akan membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat baik dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia akan menjadi salah satu inovasi demi menggalakkan lagi perkembangan yang sihat dalam sistem pendidikan Negara dan khususnya di KPTM.

Usahasama KPTM dengan syarikat pelancongan Sutra Utama Sdn. Bhd. adalah menerusi program kemahiran bidang pelancongan iaitu Sijil Kemahiran Pelancongan yang dilihat sangat relevan dengan usaha NKEA “Greater Kuala Lumpur” bagi melahirkan graduan berpendidikan tinggi dalam bidang pelancongan sekaligus dijangka akan menghasilkan sebahagian daripada 500,000 tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor pelancongan Negara dan salah satu organisasi pengeluaran produktivitinya adalah KPTM.

Ia merupakan satu gabungan bijak antara sebuah institusi pendidikan bumiputera yang ulung bersama-sama dengan sebuah syarikat pelancongan bumiputera yang ternama di Malaysia.

Sementara itu, kerjasama antara KPTM dan Kirkby International College pula merupakan satu usahasama antaradua IPTS yang komited terhadap pembentukan masyarakat berilmu. Kerjasama ini menyokong usaha untuk menggalakkan penghasilan pendidik berkualiti yang akan menerajui pendidikan negara. Ia sekaligus akan dapat merealisasikan hasrat untuk mempertingkatkan pendidikan Negara disamping meluaskan lagi akses kepada pendidikan berkualiti.

Hubungan kolaborasi pintar bersama Kirkby International College adalah menerusi Kursus Pensiswazahan Guru iaitu Program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) yang kini telah dijalankan di sepuluh (10) pusat pembelajaran Pusat Pendidikan Berterusan yang pastinya menjana peningkatan kredibiliti kualiti pendidikan Malaysia ketahap yang lebih tinggi.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat



Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646