9 September 2018 | KPTM-KESEDAR, Gua Musang | KPTM Batu Pahat Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif 2018

 

9 September 2018 | KPTM-KESEDAR, Gua Musang | Kejohanan bolasepak piala Ketua Pegawai Eksekutif edisi ke-4 ini tleah diadakan di KPTM-KESEDAR Gua Musang, Kelantan.

Kejohanan ini diadakan selama tiga hari dan di sertai oleh lapan pasukan dari setiap kampus cawangan KPTM di seluruh Malaysia.

Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim dikalangan pelajar KPTM.

Pada edisi kali ini, KPTM Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Juara bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif, manakala KPTM Bangi sebagai Naib Juara dan KPTM Kuantan mendapat tempat ke-3.

Perasmian penutup kejohanan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En Nordin bin Ahmad.

Pada majlis tersebut YBhg. En Nordin bin Ahmad telah mengumumkan KPTM Bangi sebagai penganjur edisi ke-5 bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif akan datang.

Turut hadir, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, YBhg. En Mohd Rusli bin Abdul Wahab, Pengarah KPTM-KESEDAR, En Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin dan pengarah kampus cawangan KPTM. Sementara itu, KESEDAR dihadiri oleh Pengurus Wilayah KESEDAR, En Kamal Badrul Hisham bin Mohamed.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat

Kolej Poly-Tech MARA
Headquarters
Level 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Fax : 03-9281 7491 
E-mail : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Admission Hotline
Tel : 03 9179 5637/39
Fax : 03 9179 5677/98
E-mail : marketing [at] kptm.edu.my

KPTM Head Quarters Location 

Waze   Google Maps 
© Kolej Poly-Tech MARA All rights reserved 2024.
PDPA Notice, Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright
Maintained by webmaster@kptm.edu.my

Search