Julai 2017 | Kuala Lumpur | Bangga, Anak Didik KPTM Pencipta Logo Sukan Sea Kuala Lumpur 2017



PENCIPTA LOGO SUKAN SEA 2017 ADALAH ALUMNI KPTM IPOH

Julai 2017 | KUALA LUMPUR - Pada 9 Julai 2017 yang lalu Kementerian Belia Dan Sukan pernah mengadakan pertandingan mencipta logo untuk sukan SEA yang ke 29 di Kuala Lumpur pada tahun 2017 yang baru sahaja berlalu baru-baru ini. Untuk itu, sekretariat Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017, Kementerian Belia dan Sukan telah menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tujuan logo tersebut dipertandingkan adalah untuk memilih ciptaan logo yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017.

Seperti semua sedia maklum, hanya satu reka bentuk logo saja yang telah dipilih memenangi pertandingan ini dan apa yang membanggakan adalah pemenang pertandingan mencipta logo untuk Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur itu adalah anak kelahiran Perak dan alumni Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Ipoh.

Logo Sukan Sea ke 29 ciptaan anak kelahiran negeri Perak yang berasal dari Kota Bharu, Gopeng ini bernama Mohd Samsudin Adnan dan logo ciptaan beliau telah dipilih sebagai pemenang daripada jumlah penyertaan sebanyak 174 menerusi pertandingan mencipta logo yang telah diadakan.

Kolej Poly-Tech MARA
Headquarters
Level 4 & 5, Jalan 7/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Tel : 03-9179 5600
Fax : 03-9281 7491 
E-mail : skk [at] gapps.kptm.edu.my

Admission Hotline
Tel : 03 9179 5637/39
Fax : 03 9179 5677/98
E-mail : marketing [at] kptm.edu.my

KPTM Head Quarters Location 

Waze   Google Maps 
© Kolej Poly-Tech MARA All rights reserved 2024.
PDPA Notice, Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright
Maintained by webmaster@kptm.edu.my

Search