Print
PDF
04
Apr

KPTM Ungguli Gelaran Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga Pertandingan Perniagaan Online Antara IPMa

Written by Unit Komunikasi Korporat on 04 April 2012.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2012 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur telah berjaya mengungguli gelaran juara, naib juara dan tempat ketiga bagi Kategori Untung Tertinggi dalam Pertandingan Perniagaan Online (PPOL) antara institusi pendidikan MARA IPMa anjuran Pusat Keusahawanan Siswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Juara tersebut adalah kumpulan Garisan Online, naib juara kumpulan Puready dan tempat ketiga oleh kumpulan Younameit. Pemenang hadiah tempat pertama bagi kedua kategori membawa pulang wang tunai sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000), tempat kedua tiga ribu ringgit (RM3,000) dan tempat ketiga satu ribu lima ratus ringgit RM1500. Tujuh pemenang saguhati diberikan bagi kedua-dua kategori dengan hadiah wang tunai sebanyak empat ratus ringgit (RM400). Manakala En. Wan Toren Wan Yusoff dari KPTM Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Penasihat Terbaik PPOL 2012.

Pemenang pertandingan ini dipilih berdasarkan dua kategori iaitu Untung Tertinggi dan Jualan Tertinggi, Manakala Juara bagi jualan tertinggi telah dimenangi oleh Kumpulan Bumi Selatan dari UniKL MITEC, manakala tempat kedua disandang oleh Garisan Online dari KPTM Kuala Lumpur dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Puready juga dari KPTM Kuala Lumpur.

Bagi kategori Jualan Tertinggi, Johan menerima hadiah wang tunai sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000), Naib Johan tiga ribu ringgit (RM3,000), tempat ketiga satu ribu lima ratus ringgit (RM1,500) dan saguhati bagi tempat keempat hingga ke sepuluh empat ratus ringgit (RM400).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg Tn Hj Yahya Bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, bertempat di bertempat di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) Jalan Raja Laut.

Bebanyak 9 (IPMa) dari seluruh negara telah menyertai pertandingan ini dan bersaing bagi merebut kejuaraan dalam PPOL kali ini termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara dan Kolej Mara.

PPOL ini merupakan medium yang sangat sesuai untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa IPMa memahami kaedah yang betul dan berkesan dalam membina empayar perniagaan melalui satu medium baru yang lebih sinonim dengan golongan siswa untuk menceburkan diri dalam perniagaan. – Berita oleh : Wan Toren Wan Yusoff, Pensyarah KPTM Kuala Lumpur / Foto : Herdayuwati Hussin

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat







Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646