Print
PDF
14
Mar

Bahagian Pemasaran Korporat Perkemas Strategi Pemasaran KPTM

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2012 – Satu Bengkel “Product Knowledge”, Kursus Teknik Pemasaran Berkesan dan Mesyuarat Pemasaran bersama Kolej Cawangan telah diadakan oleh Bahagian Pemasaran Korporat bagi memantapkan lagi “Product Knowledge KPTM” dan teknik pemasaran yang berkesan kepada wakil-wakil kakitangan kampus cawangan KPTM.

Seramai 42 orang peserta terlibat dalam bengkel ini melibatkan semua kampus cawangan KPTM seluruh Malaysia. Ia adalah susulan daripada maklum balas dari wakil-wakil kampus cawangan agar mengadakan bengkel ini kepada semua ahli jawatankuasa promosi peringkat kolej..

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi melengkapkan ahli-ahli jawatankuasa promosi dengan maklumat terkini berkenaan program-program yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar dan sebagai persediaan awal kepada mereka untuk menghadapi kemasukan pelajar.

Bengkel yang diadakan di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat KPTM ini dirasmikan oleh Presiden KPTM, Dato’ Haji Yusoff Bin Harun yang turut menasihatkan kepada semua wakil-wakil kolej yang terlibat agar memainkan peranan masing-masing dengan baik untuk mencapai target kemasukan pelajar ke KPTM.

Tugas mendapatkan pelajar dengan membuat promosi di luar bukan hanya kepada Bahagian Pemasaran Korporat, bahkan melibatkan semua pihak terutama di kampus cawangan.

Modul bengkel ini adalah dengan membuat pembahagian pembentangan kepada beberapa topik mengikut bidang pengajian yang ditawarkan oleh KPTM dan disampaikan oleh Dekan/Penyelaras Program. – Berita & Foto : ATIQAH YAACOB

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

 

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646