Print
PDF
15
Mar

UMTECH Lahir Hasrat Jalin Kerjasama Strategik Dengan KPTM

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2012 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah dikunjungi oleh deligasi daripada University of Management and Technology (UMTECH). Seramai 9 orang pegawai kanannya hadir diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Abdul Razak Habib, Pemangku Naib Canselor UMTECH.

Bengkel ini sekaligus dapat meminimakan kecacatan majlis sekaligus memberi impak yang besar kepada imej KPTM.

Pertemuan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Yusoff Harun, Presiden KPTM dan dihadiri oleh beberapa pegawai kanan KPTM. Beliau turut menyampaikan taklimat berkenaan KPTM secara keseluruhan.

Kunjungan hormat oleh UMTECH ini bertujuan untuk menyatakan hasrat menjalin kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dengan KPTM. Ini kerana KPTM dilihat sebagai sebuah institusi yang semakin dikenali ramai dan mempunyai potensi yang baik untuk terus berkembang maju. Antara kerjasama yang boleh dilakukan termasuklah menyalurkan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan sarjana di UMTECH, pertukaran pensyarah atau kakitangan, membangunkan program-program baru serta menawarkan kemudahan kepada pensyarah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat master dan phd secara separuh masa.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi penerangan dan soal jawab serta bertukar-tukar pandangan antara KPTM dan UMTECH. Langkah selanjutnya KPTM bakal mengadakan kunjungan balas ke UMTECH sedikit masa lagi.– Dini Kamaruddin Foto : Juliana Yahya

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat

 

Hotline KPTM

Hubungi kami di talian :

03 – 9179 5637 (IBU PEJABAT)
03 – 9179 5639 (IBU PEJABAT)
03 – 9285 6033 (KUALA LUMPUR)
03 – 9283 7186 (KUALA LUMPUR)
09 – 536 6701 (KUANTAN)
09 – 556 6513 /14 (KUANTAN)
1300-22-8855   (KUANTAN)
03 – 8925 9776 (BANGI)
09 – 746 2020 Samb. 230 (KOTA BHARU)
04 – 730 9255 (ALOR SETAR)
05 – 242 1003 Samb. 235 (IPOH)
07 – 434 5685 Samb. 121 (BATU PAHAT)
089 – 782 801 Samb. 214 (SEMPORNA)
09 – 912 2022 Samb. 210 (KESEDAR, GUA MUSANG)

PERTANYAAN TAJAAN
03 – 9179 5667

PERTANYAAN KEDIAMAN
03 – 9179 5712

PERTANYAAN KEWANGAN
03 – 9179 5644 / 5646