Lawatan Deligasi Seameo Voctech Brunei Ke KPTM
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2012 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menjalin kerjasama yang memberi manfaat kepada KPTM terutama di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, KPTM telah dikunjungi oleh delegasi daripada Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Vocational & Technical Education and Training (SEAMEO VOCTECH) dari Brunei Darussalam.
Presiden KPTM, Dato’ Hj Yusoff Harun berkata, SEAMEO VOCTECH ini adalah merupakan sebuah organisasi yang berperanan sebagai pusat yang menyelaraskan sistem pendidikan vokasional dan latihan di Asia Tenggara.
Sehubungan itu, kunjungan delegasi tersebut adalah untuk mengadakan perbincangan dan mencari keserasian untuk menjalin hubungan kerjasama. Ia merupakan permulaan yang baik kepada KPTM untuk jalinan perhubungan kerjasama dengan Negara-negara Asia Tenggara.
SEAMEO VOCTECH dihadiri oleh Pengarah Pusat, Awg. Alias Bin Hj Abu Bakar dan Pakar Latihan Pelatih, Saiful Anuar A.Rahim serta Pengurus Rasma Corporation Sdn Bhd, Hu Wee Wen. – ATIQAH YAACOB
Disediakan oleh
Unit Komunikasi Korporat




