Print
PDF
24
Jan

Majlis Penyerahan Sumbangan KPTM Kepada Orang-orang Asli Kampung Aman Damai, Tasik Banding, Grik Perak

Written by Communication Corporate Section on 24 January 2019.

csr-kksk-kptm-grik


KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2019 – Satu majlis ringkas telah diadakan di perkarangan KPTM Ibu Pejabat bagi menyerahkan sumbangan KPTM dalam Program CSR Orang-orang Asli Kampung Aman Damai, Tasik Banding, Grik, Perak.
Seramai 40 peserta akan menyertai program ini yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan (KKSK) KPTM Ibu Pejabat dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) yang bakal diadakan pada 25-27 Januari 2019 nanti. Pihak KPTM turut menyumbang barangan berupa keperluan harian berjumlah RM 2000.00.

Syafful Anuar Bin Abdul, Presiden KKSK dalam ucapan aluannya turut melahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas komitmen dan sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh pihak Pengurusan Tertinggi KPTM dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Menurut beliau lagi, selepas ini KKSK akan terus bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti berbentuk kesukanan dan kerohanian dalam mempelbagaikan aktiviti sihat yang bakal memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab khususnya.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. En. Nordin Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dengan menyerahkan barangan sumbangan kepada En. Mohd Zahrul Bin Baharin, Biro Sukan & Rekreasi KKSK.

En. Nordin dalam ucapannya berkata “ Ini adalah program permulaan CSR KPTM bagi tahun 2019. Adalah diharapkan agar aktiviti khidmat masyarakat seperti ini akan dapat mewujudkan rasa kebersamaan dan semangat kerjasama dikalangan warga KPTM. Pihak Pengurusan Tertinggi sentiasa menyokong penuh aktiviti sihat yang dijalankan oleh warga kolej. Namun katanya lagi, setiap individu harus sentiasa peka dan bersikap positif dalam menjaga nama baik KPTM sendiri.

Bantuan CSR ini merupakan program sampingan yang dianjurkan bersempena Program Santai KKSK Ke Royal Belum, Grik, Perak. Turut hadir adalah En. Abdul Azmi Bin Abdul Aziz, Timbalan Presiden Akademik, Tn. Hj. Mohd Rusli Bin Ab Wahab, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar serta barisan Pengurusan Tertinggi KPTM.