Print
PDF
24
Jan

Pensyarah KUPTM Kuala Lumpur Raih Gangsa Dalam Pertandingan K-Inovasi : Pengajaran Dan Pembelajaran & Simposium Edukator 4.0

Written by Corporate Communication Section on 24 January 2019.

 pensyarah-kuptm-raih-gangsa

 

BANGI, 24 Januari 2019 -Tahniah Puan Roslinda binti Murad kerana berjaya mendapat Pingat Gangsa di dalam Pertandingan K-Inovasi: Pengajaran dan Pembelajaran & Simposium Edukator 4.0 yang dianjurkan bermula 23-24 Januari 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pertandingan inovasi tersebut disertai oleh lebih kurang 400 penyertaan yang terdiri daripada kalangan inovator institusi pendidikan tinggi awam dan swasta Malaysia.

Penglibatan beliau di dalam pertandingan ini telah membuka peluang-peluang untuk kolaborasi bersama inovator dari IPTA/IPTS yang lain.

Tahniah diucapkan kepada Puan Roslinda di atas kejayaan ini. Tidak lupa juga kepada Prof Dr. Sufyan Hussin selaku supervisor untuk pengajian peringkat PhD beliau.