Print
PDF
19
Dec

Inovasi Kolaborasi UTHM-UTM-KPTM Menerima Pingat Emas Dalam Pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018

Written by Communication Corporate Section on 19 December 2018.

pingat-emas-siif

 

Seoul, Korea Selatan, 9 Disember 2018 - Pensyarah KPTM Batu Pahat, Haji Erwandi bin Mirwan telah terlibat dalam kolaborasi inovasi dan penyelidikan bersama-sama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknologi MARA seterusnya secara tidak langsung mewakili Malaysia dalam projek Development Of A 3D EEG Feature Extraction For Brain Balanced Index (BBI) Using Artificial Neural Network (ANN).

Lebih manis lagi, kumpulan kolaborasi ini telah dianugerahkan PINGAT EMAS dalam kalangan lebih dari 500 peserta dari seluruh dunia pada pertandingan tersebut.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Korea International Trade Association telah berlangsung di COEX Convention Center, Samseong-dong, Gangnam, Seoul pada 5 hingga 9 Disember 2018.
Pertandingan ini bertujuan mengumpulkan para pencipta dari seluruh dunia dengan informasi komprehensif dalam penciptaan secara komersil, maklumat paten dan pemindahan teknologi.

Pertandingan ini disasarkan kepada pihak pengeluar, pencipta, pengedar, firma perlesenan dan sektor pendidikan di mana mengetengahkan idea dan paten yang diperakui oleh Korean Intellectual Property Office serta mendapat sokongan daripada World Intellectual Property Organization (WIPO) dan International Federation of Inventors’ Associations (IFIA).

Bagi pihak KPTM, tahniah diucapkan kepada Encik Erwandi dan juga team penyelidik atas kejayaan ini.

Semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada mereka untuk terus menjadi inovator yang berjaya.