Print
PDF
08
Jan

Engagement Bersama Pengurusan Tertinggi KPTM 2019

Written by Corporate Communication Section on 08 January 2019.

engangement-mpt-kptm-2019

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2019 – Satu Majlis Engagement Bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah diadakan dengan kehadiran semua kakitangan KPTM Ibu Pejabat.

Dalam majlis ini setiap Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM menyampaikan ucapan dan taklimat bekenaan hala tuju dan perancangan jabatan masing-masing bagi tahun baru 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. En. Nordin Bin Ahmad dalam amanatnya berkata, “Setiap kakitangan harus mempunyai disiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dalam menunaikan kerja yang diamanahkan. Keutamaan harus diberikan kepada kepuasan pelanggan dalam urusan kerja seharian bagi memastikan kualiti pengurusan dan melestarikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Justeru setiap kakitangan harus berusaha mencapai “Key Performance Indicator” (KPI) yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing. Disamping memperkuat strategi pemasaran dan memperkasa ‘branding’ KPTM agar lebih dikenali umum”.
Seramai 60 kakitangan yang menyambut Hari Kelahiran dari bulan September 2018 sehingga Januari 2019 turut diraikan dengan acara memotong pulut kuning dan kek beramai-ramai

Disediakan oleh :
Seksyen Komunikasi Korporat

engangement-mpt-kptm-2019-2

engangement-mpt-kptm-2019-3