Print
PDF
30
Oct

KUPTM dinobatkan Johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018

Written by Corporate Communication KUPTM on 30 October 2018.

kuptm-johan-debat-2

30 Oktober 2018 | Bangi | KUPTM dinobatkan Johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018

Pasukan debat KUPTM1 dinobatkan sebagai johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018 menewaskan pasukan debat UniKL UBIS dalam sesi perdebatan yang sengit dengan keputusan juri 4:3 dan margin 2.

Pasukan KUPTM2 pula mendapat tempat ketiga bersama setelah tewas kepada UniKL UBIS di separuh akhir.

Selain itu, saudara Muhammad Jazlie dan saudari Aziah juga telah disenaraikan dan menerima hadiah sebagai 10 pendebat terbaik sepanjang pusingan awal.

Lebih manis lagi apabila saudara Jazlie turut dinobatkan pendebat terbaik perlawanan akhir dan keseluruhan.

Pertandingan debat tersebut dianjurkan oleh Unit integriti MARA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir adalah Timb. Presiden HEP KPTM, Encik Mohd Rusli, TNC HEPA, Dr. Mohd Noor Azman, dan Encik Kassim Osman.

Tahniah sekali lagi dari warga kerja KUPTM di atas kejayaan pasukan ini yang dibimbing oleh Puan Nur Filzahrus, penasihat YOC.

 

johan-debat-kuptm