Print
PDF
23
Sep

KPTM Kota Bharu Johan Pertandingan Koir KPTM Se-Malaysia 2018

Written by Corporate Communication Section on 23 September 2018.

pertandingan-koir-semalaysia-1

ALOR SETAR | 23 SEPTEMBER 2018 | KPTM KOTA BHARU JOHAN PERTANDINGAN KOIR KPTM SE-MALAYSIA 2018

Tahniah kepada KPTM Kota Bharu yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Koir KPTM Se-Malaysia 2018 sekaligus akan menjadi kumpulan koir yang akan membuat persembahan di Majlis Konvokesyen KPTM/KUPTM pada Oktober depan di PICC, Putrajaya.

KPTM Kota Bharu telah mengalahkan 7 kampus lain dan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala iringan.

Pertandingan Koir Peringkat KPTM Se-Malaysia ini merupakan acara tahunan KPTM yang kini penganjurannya memasuki kali yang kedua. Semenjak permulaan penganjurannya, penyertaan di kalangan pelajar daripada setiap kampus cawangan sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan dan ini telah menyuntik semangat KPTM untuk menjadikan program ini sebagai acara dwi-tahunan.

Majlis yang telah berlangsung di Auditorium RTM Kedah telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM.

Tahniah juga kepada KPTM Alor Setar selaku penganjur bagi acara dwi-tahunan pada tahun ini dan majlis telah berlangsung dengan jayanya.

Syabas juga kepada Naib Johan iaitu KPTM Kuantan dan tempat Ketiga KUPTM Kuala Lumpur.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat