Print
PDF
29
Aug

Sambutan Ambang Merdeka 2018 Peringkat Ibu Pejabat KPTM Meriah

Written by Communication Corporate Section on 29 August 2018.

sambutan-ambang-merdeka-2018-1

29 OGOS 2018 | KPTM IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR | Sambutan Ambang Merdeka 2018 Peringkat Ibu Pejabat KPTM Meriah

Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara sempena bulan kemerdekaan ini, Ibu Pejabat KPTM telah menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka bertempat di Dewan Bunga Mawar, Ibu Pejabat KPTM.

Majlis dimeriahkan dengan beberapa pengisian menarik antaranya penyertaan pertandingan lagu patriotik oleh staf dari setiap jabatan, persembahan nyanyian staf, penyerahan surat kenaikan pangkat staf ibu pejabat, sambutan hari jadi staf dan penyampaian hadiah kepada pemenang Networking Games Masiswa.

Selain menyuntik semangat kemerdekaan, secara tidak langsung program ini dapat merapatkan ukhuwah antara staf dan pengurusan.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad.

Disediakan oleh
Seksyen Komunikasi Korporat