Print
PDF
04
Jul

Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian Antara KPTM Bangi Dan Dublin Business School (DBS Ireland)

Written by Corporate Communication Section on 04 July 2018.

mou-kptmbg-dbs-0

BANGI | 4 Julai 2018 | MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA KPTM BANGI DAN DUBLIN BUSINESS SCHOOL (DBS IRELAND)

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) cawangan Bangi hari ini mengadakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman dengan Dublin Business School (DBS Ireland) sebagai kesinambungan kolaborasi diantara DBS Ireland dan KPTM Bangi dalam program kelolaan KPTM Bangi iaitu Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance (BAAF).

Kebolehpasaran graduan BAAF ini amat membanggakan dimana seramai 80 orang atau 86% pelajar BAAF yg baru sahaja menamatkan pengajian pada bulan lepas telah ditawarkan pekerjaan sementara selebihnya sedang menunggu panggilan temuduga.

Sehubungan itu, pertukaran perjanjian pada hari ini adalah kesinambungan kolaborasi yang telah diadakan sepanjang lima tahun lepas bagi memastikan program ini terus berjalan dan hubungan dua hala antara KPTM Bangi dan DBS Ireland ini berterusan dengan baik bagi melahirkan golongan akauntan bertauliah.

Pemilihan KPTM Bangi oleh DBS untuk menjalankan program BAAF di Malaysia sejak September 2014 adalah selaras dengan status KPTM Bangi sebagai kampus utama bagi jurusan Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan KPTM. Mendapat enam Bintang dalam penarafan MyQuest 2016/2017 oleh Kementerian, membuktikan bahawa kredibiliti KPTM Bangi sebagai pengendali pendidikan tinggi yang berkualiti tidak dapat disangkal lagi.

Melalui program ini, pelajar mempunyai peluang untuk mengambil kertas peperiksaan ACCA dengan pengecualian penuh sebelum bergraduasi dan menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan oleh ACCA. Adalah diharapkan kolaborasi yang cemerlang di antara KPTM Bangi dan DBS ini akan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Kesemua 42 orang wakil telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada 40 orang wakil daripada KPTM dan 2 orang wakil daripada DBS.

Majlis pertukaran perjanjian berlangsung diantara YBhg. En. Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM dengan Mr. Andrew Conlan-Trant, Dekan Eksekutif DBS Ireland.

Seksyen Komunikasi Korporat